Senin, 25 Juli 2011

Dari Diana Beatty kepada Masuuma Amatulla


http://www.freewebs.com/islamic-site/miracles/pic/diana(masooma).jpgDiana Beatty pertama kali bertemu dengan seorang muslim semasa di bangku kuliah. Setelah itu ia mengenali beberapa orang muslim lagi yang pelan-pelan membuatnya sedar betapa selama ini ia bersikap curiga terhadap Islam dan Muslim.Beatty banyak mendengar informasi tentang Islam dan Muslim, tapi kebanyakan yang ia dengar adalah tentang perkara yang buruk. Setelah berinteraksi dengan beberapa Muslim yang dijumpainya, muncul rasa ingin tahu yang kuat dalam dirinya untuk lebih mengenal Islam.

Orang-orang Islam ia jumpai menunjukkan sikap dan perilaku yang membuatnya kagum, jauh berbeza dengan apa yang ia dengar selama ini. Beatty juga tertarik dengan ketulusan dan aspek-aspek ibadah yang dilakukan orang Islam, terutama solat.

“Agama yang membimbing kita dalam semua aspek kehidupan, adalah sesuatu yang saya cari selama ini. Saya dibesarkan sebagai seorang Kristian dan ketika saya mengenali beberapa orang Islam, saya adalah orang yang kuat pegangan agama dan serius mempelajari Al kitab,” ceritaBeatty.

“Tapi banyak pertanyaan saya tentang isi Alkitab yang tidak terjawab, dan saya kemudiannya menemui jawabannya dalam Al-Quran. Awalnya, saya tidak suka membaca isi Al-Quran kerana Al-Quran menyebutkan bahawa Jesus bukan anak Tuhan dan Al-Quran menyebut tentang perang yang membuat saya teringat kembali pada apa yang saya dengar tentang teroris muslim dan kekerasan …”

“Tapi orang-orang Islam yang saya kenali, menjadi contoh buat saya seperti apa sebenarnya seorang muslim dan saya melihat bahawa stereotipe yang terbina dalam pandangannya saya selama ini tentang muslim, tidak sesuai dengan fakta yang saya lihat,” kata Beatty.

Perempuan yang berasal dari Colorado AS itu pun berfikir, bagaimana ia boleh tahu bahawa Alkitab itu benar dan Al-Quran salah, jika ia tidak mempelajarinya. 

“Terutama ketika banyak hal yang sama antara keduanya, Alkitab dan Al-Quran sepertinya berasal dari sumber yang sama,” sambung Beatty.

Semakin mempelajari Al-Quran, Betty menemui perbezaannya dengan Alkitab. Dalam Alkitab ia menemui banyak kesalahan dan kontradiksi, tapi tidak dalam Al-Quran. 

Ia mengatakan, “Apa yang Quran katakan tentang Tuhan dan apa tujuan manusia hidup di dunia, buat saya lebih logik dan mudah untuk difahami.”

Berbulan-bulan Beatty melakukan perbandingan antara agama Kristian yang dianutnya dengan agama Islam yang sedang dipelajarinya. Dan masa itu merupakan masa-masa yang sukar baginya. 

Tapi hati Beatty memenangkan Islam. Ia makin yakin bahawa Islam adalah agama yang benar, yang dikirim Allah untuk umat manusia.

“Saya pun memutuskan untuk masuk Islam. Semasa itu saya masih belum yakin tentang banyak perakara, khususnya tentang jilbab. Saya juga belum tahu bagaimana melakukan solat, dan ibadah lainnya. Tapi saya mulai belajar,” ungkap Beatty.

Ia tak membantah bahawa di hati kecilnya ada rasa takut ketika memutuskan untuk menjadi seorang muslim. Berat baginya membayangkan akan berhadapan dengan keluarganya dan melakukan sesuatu yang mereka benci dan tidak mereka mengerti. 

Sempat terpancar dalam hatinya, bagaimana jika ia membuat keputusan yang salah? Beatty khuatir respon negatif yang akan ia terima dari teman-temannya, rakan sekerja, pegawai atasan di pejabat dan ia khuatir dihalau dari keluarganya.


Keluarga Beatty memang tidak suka melihat Beatty menjadi seorang muslim, tapi Beatty tetap diterima oleh keluarganya. 

“Tiap kali saya berbincang dengan ibu, dia mengeluhkan tentang busana muslimah yang saya kenakan, seperti busana muslimah sangat mengganggunya lebih dari apa pun dan ia akan mencadangkan berbagai kesusateraan Kristian pada saya,” kata Beatty.

Beatty bercerita, ibunya merasa terluka dan menangis seminggu ketika Beatty memutuskan untuk mengenakan jilbab. 

Dalam surat, sang ibu mengatakan bahawa apa yang dilakukan Beatty adalah tamparan keras di wajahnya, Beatty dianggap telah melanggar didikan orang tuanya dan menuduh Beattysedang berusaha menjadi orang Arab. 

Keluarga Beatty juga menuduh bahawa Beatty melakukan itu kerana suami Beatty yang seorang muslim. Keluarga Beatty tidak menyukainya dan meminta Beatty bercerai.

“Keluarga saya beritahu, saya akan masuk neraka. Bagi saya, tidak sukar menghindari dari makanan yang tidak halal, menjauhkan diri dari alkohol. Tidak sukar buat saya untuk belajar solat dan mengenakan jilbab. Satu-satunya yang berat buat saya adalah menyakiti keluarga saya dan secara berterusan ditekan oleh mereka,” tambah Beatty.

Pada saat ini Beatty merasakan, tentangan yang hebat setelah ia menjadi muslim adalah keluarganya sendiri, kerana kawan-kawan dan orang-orang yang ia kenali, ternyata boleh menerima pilihannya menjadi muslim.

Tiga tahun sudah Beatty memeluk Islam. Ia mengakui bahawa Islam banyak memberikan perubahan dan meningkatkan kualiti hidupnya. 

“Islam mengubah saya secara sepenuhnya. Sekarang, saya tidak ragu lagi akan tujuan hidup saya di dunia ini dan bahawa saya sudah mengikuti jalan yang benar. Dulu, saya tidak menyedari bahawa saya sedang kehilangan arah. Tapi ketika saya menemui Islam dan merenungkannya kembali, sangat jelas buat saya bahawa Islam-lah yang saya cari selama ini,” ujarBeatty.

Beatty bersyukur menjadi seorang muslim kerana Islam memuliakan hidupnya sebagai seorang perempuan. Ia melihat sendiri bahawa lelaki muslim yang baik akan memperlakukan perempuan dengan baik. Suatu perkara yang jarang ia temui dalam budaya masyarakat Amerika, dimana ia dibesarkan.

“Memilih masuk Islam, buat saya seperti kembali pulang ke rumah setelah sekian lama mengembara,” kata Beatty yang sekarang menggunakan nama Islam Masuuma Amatullah.Era Islam

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Related Post