Rabu, 16 November 2011

Mengapa Rasulullah melarang minum sambil berdiri?

Dalam hadis disebutkan “janganlah kamu minum sambil berdiri”. Dari segi kesihatan. Air yang masuk dengan cara duduk akan disaring oleh sfinger. Sfinger adalah suatu struktur muskuler (berotot) yang boleh membuka (sehingga air kencing boleh keluar) dan menutup.
Setiap air yang kita minum akan disalurkan pada ‘pos-pos’ penyaringan yang berada di ginjal. Jika kita minum sambil berdiri. Air yang kita minum otomatik masuk tanpa disaring lagi. 
 
Terus menuju kandungan air kencing. Ketika menuju kandungan air kencing itu terjadi pengendapan di saluran sepanjang perjalanan (ureter). Kerana banyak sisa-sisa yang melekat di ureter inilah awal mula munculnya bencana.

Benar, penyakit kristal ginjal. Salah satu penyakit ginjal yang sungguh berbahaya.Disyaki akibat susah kencing, jelas perkara ini berhubungan dengan saluran yang sedikit demi sedikit tersumbat tadi.

Dari Anas r.a. dari Nabi saw.: "Bahawa ia melarang seseorang untuk minum sambil berdiri". Qatadah berkata, "Kemudian kami bertanya kepada Anas tentang makan. Ia menjawab bahawa hal itu lebih buruk."

Pada masa duduk, apa yang diminum atau dimakan oleh seseorang akan berjalan pada dinding usus dengan perlahan dan lambat. Adapun minum sambil berdiri, maka ia akan menyebabkan jatuhnya cairan dengan keras ke dasar usus, melanggarnya dengan keras. 
 
Jika ini terjadi berulang-ulang dalam waktu lama maka akan menyebabkan membesar dan jatuhnya usus, yang kemudian menyebabkan disfungsi pencernaan. 
Adapun Rasulullah saw pernah sekali minum sambil berdiri, maka itu disebabkan ada sesuatu yang menghalangi beliau untuk duduk, seperti penuh sesaknya manusia pada tempat-tempat suci, bukan merupakan kebiasaan.

Manusia pada masa berdiri, ia dalam keadaan tegang, organ keseimbangan dalam pusat saraf sedang bekerja keras, supaya mampu mempertahankan semua otot pada tubuhnya, sehingga boleh berdiri stabil dan dengan sempurna. 
 
Ini merupakan kerja yang sangat teliti yang melibatkan semua susunan saraf dan otot secara bersamaan, yang menjadikan manusia tidak boleh mencapai ketenangan yang merupakan syarat terpenting pada masa makan dan minum.

Ketenangan ini hanya boleh dihasilkan pada masa duduk, di mana saraf berada dalam keadaan tenang dan tidak tegang, sehingga sistem pencernaan dalam keadaan sedia untuk menerima makanan dan minum dengan cara cepat.
Makanan dan minuman yang dimakan pada masa berdiri, boleh memberi kesan pada refleksi saraf yang dilakukan oleh reaksi saraf kelana (saraf otak kesepuluh) yang banyak tersebar pada lapisan endotel yang mengelilingi usus. 
 
Refleksi ini apabila terjadi secara keras dan tiba-tiba, boleh menyebabkan tidak berfungsinya saraf (vagal inhibition) yang parah, untuk menghantarkan detik mematikan bagi jantung, sehingga menyebabkan pengsan atau mati mendadak.

Begitu pula makan dan minum berdiri secara terus-menerus sangat membahayakan dinding usus dan memungkinkan terjadinya luka pada perut. Para doktor melihat bahawa luka pada perut 95% terjadi pada tempat-tempat yang biasa berlaku perlanggaran makanan atau minuman yang masuk.

Sebagaimana keadaan keseimbangan pada masa berdiri disertai pengecutan otot pada kerongkong yang menghalang jalannya makanan ke usus secara mudah, dan kadang-kadang menyebabkan rasa sakit yang sangat yang mengganggu fungsi pencernaan, dan seseorang boleh kehilangan rasa selesa semasa makan dan minum.

Diriwayatkan ketika Rasulullah s.a.w. dirumah Aisyah r.a. sedang makan daging yang dikeringkan diatas talam sambil duduk bertongkatkan lutut, tiba-tiba masuk seorang perempuan yang keji mulut melihat Rasulullah s.a.w. duduk sedemikian itu lalu berkata: "Lihatlah orang itu duduk seperti budak." 
 
Maka dijawab oleh Rasulullah s.a.w.: "Saya seorang hamba, maka duduk seperti duduk budak dan makan seperti makan budak." Lalu Rasulullah s.a.w. mempersilakan wanita itu untuk makan. 
 
Adapun duduk bertelekan (bersandar kepada sesuatu) telah dilarang oleh Rasulullah sebagaimana sabdanya, "Sesungguhnya Aku tidak makan secara bertelekan" (HR Bukhari).
Read More >>

Selasa, 15 November 2011

10 mamalia yang jarang ditemui

1. Hairy Saki


Monyet yang hidup di lembah sungai amazon ini kebanyakan tinggal di atas pokok. Monyet ini juga dikenali sebagai monk saki kerana bulu kepala monyet ini berbentuk seperti topi pendeta (monk's cowl), Hairy Sakis sangat jarang dilihat , di tangkap kerana sifatnya yang panik. Monyet ini cenderung panik dan boleh mati kerana ketakutan ketika ditangkap.

2. Aardwolf 

 


Mamalia afrika yang menyerupai hyena kecil. Namanya Aardwolf yang bererti 'earth wolf' kerana dia tinggal dalam liang tanah.

3. Argali 

 


Kambing liar terbesar (tingginya kurang lebih 120 cm) yang mempunyai tanduk yang besar dan bergulung, berasal dari Asia Tengah (Siberia, Mongolia, dan Tibet. Binatang ini terancam pupus, kerana sering diburu dan digunakan dalam pengubatan cina.

4. Douroucouli

 


Dikenali juga dengan monyet burung hantu kerana  mempunyai mata coklat yang besar. Haiwan ini merupakan satu-satunya monyet nocturnal (haiwan yang mencari makan pada malam hari). Haiwan ini berasal dari Amerika Tengah dan Selatan.


5. Soulslik Eropah




Soulslik adalah nama eksotik yang diberikan kepada tupai tanah Eropah dan Asia. Tupai ini tidak kelihatan seperti tupai dan haiwan pengerat pada umumnya, kerana makanannya adalah daging yang amat besar (tentunya dalam ukuran kecil), seperti burung-burung kecil, dan tikus.

6. Fossa 

 


Fossa adalah haiwan terbesar dalam keluarga musang (panjangnya kurang lebih 1.5 m) dan merupakan karnivor terbesar dari jenisnya, Madagaskar. Musang ini mempunyai kulit khusus berwarna coklat-jingga.

7. Lesser Grison

 


Karnivor yang jarang diketahui orang, hidup di Patagonia dan negara-negara Amerika Selatan. Panjangnya 30 cm, dengan bulu hitam dan kelabu. Haiwan ini jarang kelihatan seperti memerang di Peru. Haiwan ini dijinakkan seperti musang, dan dilatih untuk memburu tikus.

8. Moon Rat 

 


Disebut juga sebagai landak berbulu, haiwan yang kelihatan aneh ini berasal dari Asia Tenggara. Bulunya yang berwarna coklat tua atau hitam kontra dengan mukanya yang berwarna putih. Haiwan ini juga mempunyai hidung yang panjang, dengan panjang kira-kira 25 cm. Haiwan ini merupakan insectivora terbesar.

9. North American Cacomistle

 


Berasal dari Amerika Syrikat bahagian Selatan, Cacomistle adalah haiwan kecil dan pemalu, kadang-kadang disebut sebagai tupai kucing atau kucing ekor-cincin kerana ekornya yang panjang dan bergaris membentuk seperti cincin. Cacomstile berasal dari bahasa Nahuatl yang bererti half-cat atau half mountain lion.

10. Pink Fairy Armadillo

 


Ini adalah armadilo peri, mempunyai panjang 120 mm. Haiwan ini hidup di bawah tanah dan jarang kelihatan, dan hampir tidak pernah tertangkap, Haiwan ini hebat dalam melarikan diri, dengan kemampuannya yang boleh menggali ke dalam tanah secara cepat dan bersembunyi dari serangan musuh.praspris
Read More >>

Senin, 14 November 2011

Kamarulzaman Abdullah : Perginya seorang anak, ayah, suami, sahabat dan pejuang.

Salam, 
Penulis membaca sepintas lalu kematian Pembantu Khas Datuk Husam dalam harakahdaily. Tak terlintas langsung bahawa manusia yang meninggal dunia itu adalah orang yang penulis kenal.

Bila penulis buka FB Group rakan seperjuangan di kampus , terpaku penulis bahawa Kamarulzaman Abdullah telah pergi buat selamanya. 

Penulis memang tidak tahu bahawa Kamarulzaman sudah bertugas bersama Datuk Husam di Kelantan. Sebelum ini, beliau aktif di Penang selepas tamat universiti dan bergiat dengan GAMIS.

Kamarulzaman ada beberapa kali bertemu dengan penulis semasa beliau memimpin jamaah kampus dan GAMIS. Semua pertemuan beliau dengan penulis , fokus perbincangannya adalah jamaah sama ada di kampus dan di luar kampus.

Mungkin rakan seperjuangannya di kampus lebih mengenalinya daripada penulis. Namun, walaupun hanya beberapa kali bertemu dengannya ,penulis kagum dengan akhlak dan kepimpinannya.

Seorang yang sangat menghormati orang lain, sedia mendengar pandangan orang lain, sentiasa meletakkan keutamaan jamaah  dari yang lain.

Perginya Kamarulzaman satu kehilangan besar kepada jamaah. Perginya semasa berjuang dalam usia yang masih muda.

Penulis akan paparkan tulisan rakan sepejuangan Allahyarham dalam blog Ibnutukiman mengenai pemergian Kamarulzaman. Bacalah........
 
Dalam sibuk bersiap untuk kerja, bunyi pesanan ringkas (sms) yang bertalu-talu pada pagi Jumaat, 11 November lalu sedikit mengganggu. Biasanya pagi-pagi ni sms-sms promosi entah apa-apa atau sms daripada Celcom saja yang saya terima. Apabila dibaca salah satu sms yang diterima, berderau darah saya, serentak dengan sebutan “innalillah wa inna ilaihi raajiun”.

Berita yang saya terima amat mengejutkan; sahabat baik semasa di USM dulu telah meninggal dalam kemalangan. Beliau; Kamarulzaman Abdullah, terlibat dalam kemalangan selepas pulang dari Parlimen untuk menghadiri majlis penyerahan “Amanat Tun Razak” kepada PM berhubunga tuntutan royalti minyak Kelantan.
Saya terus membuat beberapa panggilan untuk mengesahkan berita itu. Perkara mati ni tak boleh buat main-main. Selepas mendapat pengesahan, saya terus maklumkan isteri dan utarakan kepadanya untuk menziarahi keluarga Allahyarham di Kelantan. Isteri saya serta-merta setuju. 
 
Kebetulan pula, isteri arwah; Farah Waheeda juga adalah sahabat isteri saya semasa di kampus dulu. Perkara pertama yang disebut isteri saya apabila saya sampaikan berita ialah, “Ya Allah... Kak Waheeda.” Mungkin dia terkenangkan nasib sahabatnya yang hampir 9 tahun tak ketemu.

Selepas solat jumaat, kami bertolak ke Kelantan. Sahabat-sahabat di Kelantan dihubungi dan Shahanaz setuju menjadi penunjuk jalan ke rumah keluarga Allahyarham. 
 
Kami sampai lewat malam di Kota Bharu dan menetap di sebuah hotel bajet di Lundang, berdekatan 7 Eleven Lundang dan Shell Jalan Sultan Yahya Petra.

Keesokan paginya Shahanaz membawa kami ke kubur Allahyarham terlebih dahulu. Setelah menyedekahkan Al-Fatihah dan doa, kami bergerak ke rumah keluarga Allahyarham di Batu 4, Wakaf Che Yeh. 
 
Perasaan yang bercampur-baur sejak dari kubur tadi bertambah kuat. Sesampainya kami ke rumah yang ditujui, kelibat tetamu yang berkunjung tak putus-putus.

Saya pun memberikan salam. Salam dijawab dan isteri Allahyarham muncul di muka pintu. “Ya Allah, dari jauh pun datang.” Saya hanya mampu tersenyum walaupun mata macam nak banjir melihat ketenangan seorang isteri pejuang. 
 
Mujur telefon bimbit berbunyi sebelum air mata sempat tumpah. Wan Hamadi, seorang sahabat lama menelefon mengajak ke rumah selepas menziarahi keluarga Allahyarham.
Bersama ayah Allahyarham; dua dari kiri

Selesai menjawab terlefon, saya naik ke rumah. Selepas seketika, saya sempat berbual dengan ayah Allahyarham. 
 
Banyak yang kami bualkan. Kebanyakkannya berkenaan Allahyarham. Antara yang saya sebutkan kepada beliau ialah, saya datang mungkin berdua dengan isteri tetapi yang mengirimkan salam takziah dan sumbangan duit sangat ramai; dari utara sampai selatan hingg ke Sarawak. 
 
Selain itu, insyaAllah kematian Allahyarham adalah kematian yang baik. Allah menjemput beliau pada malam Jumaat, pada waktu yang baik, dan tujuan musafirnya juga adalah tujuan yang baik; menuntut hak rakyat Kelantan. Belum dikira lagi doa dan solat jenazah Allahyarham yang dihadiri oleh sangat ramai orang.

Isteri Allahyarham bertudung hitam, duduk dua dari kanan
Sebelum pulang, Kak Waheeda ada berpesan, “minta pesan, kalau ada sesiapa yang ada memberi hutang kepada Allahyarham, sila tuntut dengan saya. 
 
Kalau Allahyarham ada membuat salah dan silap kepada sesiapa, mohon dimaafkan. 
 
Minta doakan dia.” Saya hanya mampu tersenyum sambil menjawab “Insya Allah.”

Bagi saya, kematian Allahyarham Kamarulzaman mempunyai banyak hikmah yang tersembunyi:
  1. Silaturrahim semasa di kampus yang telah terputus kerana tuntutan tugas dan kerja mula bertaut kembali. Sahabat yang lama tak dengar berita mula menelefon semula. Yang bertukar nombor telefon, memberi nombor telefon baru.
  2. Walaupun kini mungkin ada yang berlainan “bendera” tetapi kesan ukhuwwah semasa di kampus masih dirasai apabila masing-masing melahirkan kesedihan dan takziah atas pemergian Allahyarham.
  3. Sahabat sanggup memberi derma dengan banyaknya kepada isteri dan anak Allahyarham. Sumbangan yang sahabat-sahabat kirim RM950 semuanya dan dikumpul dalam tempoh dua hari sahaja (Jumaat-Sabtu). Balik hari ni, dapat tahu ada RM350 lagi yang dikirim tapi saya lambat tahu. Akan disampaikan sumbangan ini melalui sahabat yang tinggal di Kelantan. Oleh itu, diharap momentum memberi derma ini dapat diteruskan lagi untuk perkara-perkara lain pula.
  4. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Walaupun terasa kesedihan di rumah Allahyarham, tetapi ketabahan dan keredhaan keluarga Allahyarham menutupi kesedihan tersebut. Beginilah layaknya keluarga seorang pejuang.
  5. Pengajaran kepada yang masih hidup bahwa kematian itu tidak mengenal siapa. Kita mohon doa supaya kita mati dalam sebab dan kerja yang baik. Selain itu, jangan kita bersekongkol dengan kemaksiatan dan pembuat maksiat dan penzalim. Takut-takut tak sempat minta ampun.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Kamarulzaman Abdullah dan ditempatkan beliau dalam kalangan para syuhada dan orang-orang soleh.

Insya Allah, kami semua akan mengikuti kamu juga. Dalam kenangan: Kamarulzaman bin Abdullah; Seorang Anak, Ayah, Suami, Sahabat dan Pejuang. Ibnutukiman
Read More >>

Kerinduan seorang pemuda kepada bidadari bermata jeli

 
 Gambar hiasan
Abdul Wahid bin Zaid berkata, “Ketika kami sedang duduk-duduk di majlis kami, aku pun sudah siap dengan pakaian perangku, kerana ada komando untuk bersiap-siap sejak Isnin pagi. Kemudian ada seorang laki-laki membaca ayat, (ertinya) ‘Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin jiwa dan harta mereka dengan memberi Syurga.’ (At-Taubah: 111). Aku menyambut, “Ya, kekasihku.”

Lelaki itu berkata, “Aku bersaksi kepadamu wahai Abdul Wahid, sesungguhnya aku telah menjual jiwa dan hartaku dengan harapan aku memperoleh Syurga.”

Aku menjawab, “Sesungguhnya ketajaman pedang itu melebihi segala-galanya. Dan engkau sajalah orang yang aku sukai, aku khuatir sekiranya engkau tidak mampu bersabar dan tidak mendapatkan keuntungan dari perniagaan ini.”

Laki-laki itu berkata, “Wahai Abdul Wahid, aku telah berjual beli kepada Allah dengan harapan mendapat Syurga, mana mungkin jual beli yang aku persaksikan kepadamu itu akan melemahkan.”

Dia berkata, “Nampaknya aku prihatin kemampuan kami semua, …kalau orang kesayanganku sahaja mampu melakukan, apakah kami tidak?” 
 
Kemudian lelaki itu menginfakkan seluruh hartanya di jalan Allah kecuali seekor kuda, senjata dan sekadar bekal untuk perang. Ketika kami telah berada di medan perang dialah lelaki pertama kali yang tiba di tempat tersebut. 
 
Dia berkata, “Assalamu ’alaika wahai Abdul Wahid,” 
 
Aku menjawab, “Wa’alaikumussalam warahmatullah wa barakatuh, alangkah beruntungnya perniagaan ini.”

Kemudian kami berangkat menuju medan perang, lelaki tersebut sentiasa berpuasa di siang hari dan qiyamullail pada malam harinya melayani kami dan menggembala haiwan ternak kami serta menjaga kami ketika kami tidur, sehingga kami tiba di wilayah Rom.

Ketika kami sedang duduk-duduk pada suatu hari, tiba-tiba dia datang sambil berkata, “Betapa rindunya aku kepada bidadari bermata jeli.”

Kawan-kawanku berkata, “Sepertinya lelaki itu sudah mulai hilang ingatan.”
 
Dia mendekati kami lalu berkata, “Wahai Abdul Wahid, aku sudah tidak sabar lagi, aku sangat rindu pada bidadari bermata jeli.”

Aku bertanya, “Wahai saudaraku, siapa yang kamu maksud dengan bidadari bermata jeli itu.” 
 
Lelaki itu menjawab, “Ketika itu aku sedang tidur, tiba-tiba aku bermimpi ada seseorang datang menemuiku, dia berkata, ‘Pergilah kamu menemui bidadari bermata jeli.’ 
 
Seseorang dalam mimpiku itu mendorongku untuk menuju sebuah taman di pinggir sebuah sungai yang berair jernih. Di taman itu ada beberapa pelayan cantik memakai perhiasan sangat indah sehinggakan aku tidak mampu mengungkapkan keindahannya.

Ketika para pelayan cantik itu melihatku, mereka memberi berita gembira sambil berkata, ‘Demi Allah, suami bidadari bermata jeli itu telah tiba.’ 
 
Kemudian aku berkata, ‘Assalamu ‘alaikunna, apakah di antara kalian ada bidadari bermata jeli?’ 
 
Pelayan cantik itu menjawab, ‘Tidak, kami sekadar pelayan dan pembantu bidadari bermata jeli. Silahkan terus!’

Aku pun meneruskan maju mengikuti perintahnya, aku tiba di sebuah sungai yang mengalir air susu, tidak berubah warna dan rasanya, berada di sebuah taman dengan berbagai perhiasan. 
 
Di dalamnya juga terdapat pelayan bidadari cantik dengan mengenakan berbagai perhiasan. Apabila aku melihat mereka aku terpesona. Ketika mereka melihatku mereka memberiberita  gembira dan berkata kepadaku, ‘Demi Allah telah datang suami bidadari bermata jeli.’ 
 
Aku bertanya, ‘Assalamualaikunna, apakah di antara kalian ada bidadari bermata jeli?’ Mereka menjawab, Waalaikassalam wahai waliyullah, kami ini sekadar budak dan pelayan bidadari bermata jeli, silakan terus.’

Aku pun meneruskan maju, ternyata aku berada di sebuah sungai khamr berada di pinggir lembah, di sana terdapat bidadari-bidadari sangat cantik yang membuat aku lupa dengan kecantikan bidadari-bidadari yang telah aku lepasi sebelumnya. 
 
Aku berkata, ‘Assalamu alaikunna, apakah di antara kalian ada bidadari bermata jeli?’ Mereka menjawab, ‘Tidak, kami sekadar pembantu dan pelayan bidadari bermata jeli, silakan maju ke depan.’

Aku berjalan maju, aku tiba di sebuah sungai yang mengalirkan madu asli di sebuah taman dengan bidadari-bidadari sangat cantik berkilauan wajahnya dan sangat jelita, membuat aku lupa dengan kecantikan para bidadari sebelumnya. 
 
Aku bertanya, ‘Assalamu alaikunna, apakah di antara kalian ada bidadari bermata jeli?’ Mereka menjawab, ‘Wahai waliyurrahman, kami ini pembantu dan pelayan bidadari jelita, silakan maju lagi.’

Aku berjalan maju mengikuti perintahnya, aku tiba di sebuah khemah diperbuat dari mutiara yang dilubangi, di depan khemah terdapat seorang bidadari cantik dengan memakai pakaian dan perhiasan yang aku sendiri tidak mampu mengungkapka keindahannya. 
 
Begitu bidadari itu melihatku dia memberi berita gembira kepadaku dan memanggil dari arah khemah, ‘Wahai bidadari bermata jeli, suamimu datang!’

Kemudian aku mendekati kemah tersebut lalu masuk. Aku mendapati bidadari itu duduk di atas ranjang yang diperbuat dari emas, bertahta intan dan berlian. 
 
Begitu aku melihatnya aku terpesona sementara itu dia menyambutku dengan berkata, ‘Selamat datang waliyurrahman, telah hampir tiba waktu kita bertemu.’ Aku pun maju untuk memeluknya.
 
Tiba-tiba ia berkata, ‘Sebentar, belum masanya engkau memelukku kerana dalam tubuhmu masih ada ruh kehidupan. Tenanglah, engkau akan berbuka puasa bersamaku di kediamanku, insya Allah. ‘

Seketika itu aku bangun dari tidurku wahai Abdul Wahid. Kini aku sudah tidak bersabar lagi, ingin bertemu dengan bidadari bermata jeli itu.”

Abdul Wahid berkata, “Belum lagi percakapan kami (cerita tentang mimpi) selesai, kami mendengar pasukan musuh telah mulai menyerang kami, maka kami pun bergegas mengangkat senjata begitu juga lelaki itu.

Setelah peperangan berakhir, kami menghitung jumlah para korban, kami menemui 9 orang musuh mati dibunuh oleh lelaki itu, dan ia adalah orang ke sepuluh yang terbunuh. 
 
Ketika aku melintas berhampiran jenazahnya, kulihat tubuhnya berlumuran darah sementara bibirnya mengembang sebuah senyuman, yang mengantarkan pada akhir hidupnya.” (Tanbihul Ghafilin, 395)
Read More >>