Sambungan cerita aneh dan lucu manusia terlekat;
6. Banduan yang terlekat di Jeruji ketika cuba melarikan diri
Beliau mungkin berharap untuk memasuki 2010 sebagai orang yang bebas tetapi beliau tidak teliti sebelum melarikan diri. Banduan Roberto Carrillo berusaha melarikan diri dari sel di sebuah penjara Mexico di Valle Hermoso pada malam Tahun Baru.
Lelaki 42 tahun ini cuba untuk melepaskan dirinya sendiri melalui celah antara atap penjara dan jeruji selnya. Tapi bukannya boleh menyusup, tetapi akhirnya terlekat dan tergantung secara terbalik.
Beliau akhirnya terpaksa untuk meminta bantuan dan para warden dengan tertawa datang membantunya dan memotong jeruji untuk melepaskannya menggunakan gergaji lalu memasukkannya kembali ke dalam sel.
7. Peserta akrobatik motor yang terlekat pada ketinggian 204 m di udara bersama motornya
High-wire motorcyclist Mustafa, kini menjadi lebih terkenal setelah terlekat pada ketinggian 204 m di udara dalam usaha memecahkan rekod dunia.
Beliau akhirnya terpaksa untuk meminta bantuan dan para warden dengan tertawa datang membantunya dan memotong jeruji untuk melepaskannya menggunakan gergaji lalu memasukkannya kembali ke dalam sel.
7. Peserta akrobatik motor yang terlekat pada ketinggian 204 m di udara bersama motornya
High-wire motorcyclist Mustafa, kini menjadi lebih terkenal setelah terlekat pada ketinggian 204 m di udara dalam usaha memecahkan rekod dunia.
Peserta akrobatik motor dari Maghribi ini terhenti usahanya di Benidorm semasa ingin menyempurnakan aksinya itu. Bahaya sudah dijangka dalam aksinya selama beberapa hari kerana cuaca buruk, sebelumnya dia sudah cuba di ketinggian 1.640 kaki melintas dengan motornya tanpa jaring penyelamat.
8. Kanak-kanak yang terlekat di dalam mesin arcade
Tak seorangpun akan menjangka hadiah dari mesin arcade ini adalah seorang anak laki-laki. Christopher yang berusia 3 tahun dibawa ibunya Elaine untuk bermain semasa hari keluarga di Skegness.
Kanak-kanak ini benar-benar ingin memenangi hadiah pada mesin arcade ini. Sebelumnya ia telah cuba beberapa kali tapi tidak berjaya. Lalu ibunya pergi untuk menukarkan lagi koin untuk meneruskan permainan.
Sementara ibunya pergi, beliau masih berusaha mencuba lagi, namun kali ini ia cuba dengan tangannya sendiri. Beliau melihat lubang tempat keluarnya hadiah. Lalu beliau masuk menyusup melalui lubang itu. Usahanya berjaya, namun apablia untuk keluar kembali tidak semudah semasa ia masuk.
Akhirnya ia pun terlekat di dalam mesin itu. Malangnya lagi, penjaga pusat itu tidak menemukan kunci untuk membuka kotak permainan itu.
Awalnya Christopher gembira semasa orang-orang melihatnya, namun lama-kelamaan orang semakin banyak berkumpul untuk melihat usaha mengeluarkannya, lalu ia pun akhirnya menangis. Masa selama 30 minit diambil untuk mengeluarkannya.
9. Nenek terkunci di bilik mandinya sendiri selama 3 minggu
Seorang wanita Perancis berjaya diselamatkan setelah terperangkap di bilik mandinya sendiri selama tiga minggu.
Nenek 69 tahun terperangkap setelah kunci pintu mengunci sendiri dari luar bilik mandi. Walaupun dia banyak membuat bising untuk mendapatkan bantuan, namun ia terpaksa bertahan hidup dalam bilik air sehingga jirannya sedar.
Mereka menyangka suara-suara bising pada malam hari adalah pekerja yang melakukan kerja pembaikan dan pemulihan apartemen.
Nenek yang tidak disebutkan namanya ini diselamatkan dari apartemennya di Essone, dekat Paris oleh polis. Mereka mengatakan ia telah berada dalam keadaan yang lemah ketika mereka menerjah masuk ke bilik mandi.
10. Wanita Perancis yang terperangkap di lift selama 3 hari
Seorang wanita Perancis semasa Perayaan Natal hampir mati setelah terperangkap dalam sebuah lift selama 72 jam. Wanita 19 tahun ini, dikenali sebagai Safiatou.Beliau masuk ke lift di perumahan Paris dan ditemui dalam keadaan dehidrasi tapi masih hidup tiga hari kemudian.
Ayah Safiatou's telah menghubungi pengawal bangunan untuk memberitahu anaknya yang hilang. Para petugas dan seorang juruteknik lift pergi untuk memeriksa tetapi tidak menemui seorang pun dan mengatakan tidak ada kerana alarm lift menyala.
Hari berikutnya ayah wanita ini telah melaporkan kepada polis tentang kehilangan anaknya. 3 hari kemudian, ketika seorang jurutenik datang untuk menyelesaikan kerja perbaikan lift, tangisan kecil lembut dari wanita muda itu didengarinya. Lucunya adalah mengapa Safiatou tidak menangis lebih awal agar dia segera ditemui.ArtikelRame
Tidak ada komentar:
Posting Komentar