Sabtu, 02 April 2011

6 manusia beratnya lebih 300 kilogram

Gaya hidup buruk dan makanan tidak seimbang mengakibatkan manusia obesiti kian bertambah. Dunia perubatan mencatatkan enam orang terberat di dunia yang pernah dirawat.

Berikut enam orang paling berat yang pernah ada di sepanjang sejarah;

1.Carol Yager: 727 kg


Berat badan Carol pernah mencapai 727 kg, dan terus mendapat kategori terberat di dunia. Dia juga terkenal sebagai orang paling berjaya menurunkan berat badan secara neutral. Carol kehilangan 362 kg beratnya hanya dalam masa tiga bulan.

Namun serangan infeksi bakteria pada kulitnya yang mengeleper selepas terlalu diet . Carol mendapat rawatan di Hurley Medical Center hingga meninggal dunia.

Carol tak dapat berdiri atau berjalan kerana otot-ototnya tidak cukup kuat. Dia meninggal dunia di usia muda, 34 tahun akibat kegagalan fungsi ginjal multi organ dan obesitas morbid pada tahun 1994.

2.Jon Brower Minnoch: 635 kg



Sejak kecil, John Brower sudah menderita obesiti. Semasa usia 12 tahun beratnya telah mencapai 132 kg. Beliau berkahwin dengan Jeannette, seorang wanita yang mempunyai berat badan normal dan mempunyai dua orang anak.

Minnoch dirawat di hospital selama 16 bulan dan kehilangan 419 kg. Namun ia kembali gemuk dan meninggal dunia pada 10 September 1983 semasa berusia 42 tahun.

3.Manuel Uribe: 597 kg

Seperti manusia obesiti umumnya, Manuel Uribe menghabiskan 9 tahun berada di tempat tidur sejak 2001-2009. Pada 2008, Uribe berkahwin dengan pujaan hatinya, Claudia di tempat tidurnya.

Semasa mengucap janji pernikahan, ia berkata, ?Saya adalah bukti yang benar bahawa anda dapat menemui cinta dalam keadaan apapun. Sekarang saya mempunyai isteri, berkeluarga dan hidup bahagia.?

4.Walter Hudson: 544 kg



Kebiasaan makan yang tak terkawal menyebabkan penduduk Brooklyn, New York ini mengalami obesiti sejak umur muda. Akibatnya , Walter yang makin membesar berada di pintu bilik sehingga pasukan penyelamat terpaksa memecahkan dinding rumahnya. ?

Saya makan apapun.? katanya apabila ditanya penyebab tubuh besarnya tersebut. Walaupun mengumumkan rancangan berkahwin, Walter meninggal dunia beberapa minggu sebelum melafazkan janji pernikahan.

5.Rosalie Bradford: 544 kg



Tubuh besar Rosalie Bradford memang kelihatan sejak semasa kanak-kanak. Beliau mencapai berat 92 kg semasa berumur 14 tahun dan naik menjadi 140 kg pada ulangtahun ke-15.

Rosalie berkahwin dan mempunyai seorang anak. Setelah berkahwin, dia menghabiskan sebahagian besar waktunya di rumah dan semakin gemuk.

Sebagai usaha menguruskan badan, Rosalie menggunakan berbagai ubat-ubatan penurun berat badan hingga beratnya mencapai 136 kg. Dia meninggal pada 29 November 2006 di usia 63 tahun.

6.Terri Smith 317kg



Ukuran tubuh ekstra dan penyakit yang mengintai tubuhnya membuatkan Terri Smith, 49 tahun bertekad menjadi lebih langsing. Tekad ini ingin dicapai agar tubuhnya muat mesin scan (MRI). Wanita terberat di dunia ini memiliki tubuh besar seberat 317,5 kg.

Penduduk Ohio Amerika Syarikat tersebut kini hanya boleh berada dalam biliknya. Ia tak mampu bergerak, berdiri dan berguling sendiri.

Sakit kepala parah yang ia alami memerlukan scan otak untuk mengetahui adanya potensi tumor otak. Masalahnya, ukuran tubuh ekstranya bakal tak muat dalam mesin scan maupun pintu-pintu hospital.

Berat badan Terri lebih berat 31.8 kg daripada wanita terberat di England, Sharon Mevsimler, yang meninggal tahun ini.

Suaminya, Myron 44 tahun dan anak perempuan sulong mereka, Najah 30 tahun setia merawat dan membantunya. Sejak tiga tahun lalu, Terri kena dimandikan, makan dan berpakaian di tempat tidurnya.slowbos.com

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Related Post