Rabu, 15 Juni 2011

10 tembok paling bersejarah di dunia

1. Tembok Memorial Veteran Vietnam, Washington, AS

http://citranews.com/wp-content/uploads/2010/12/7b05_The-Wall.jpg
Tembok ini memang bukan tembok tertua, tapi tembok ini selalu dikunjungi ramai orang setiap tahun. Tembok ini siap dibina pada tahun 1982 dan ditorehkan lebih dari 58.000 nama tentera Amerika yang mati atau hilang semasa perang di Vietnam pada tahun 1959 sampai 1975. Beberapa bahagian tembok ini nampak cantik , beberapa bahagian yang lain mempesonakan.

2. Tembok Monster Hijau – Boston

Boston+Oct.+2009+312 10 Tembok yang Bersejarah di Dunia
Para peminat sukan olahraga tidak akan melupakan tembok setinggi 37 kaki (10 meter) yang dinamakan Green Monster di Fenway Park, Boston. Tembok yang pernah hancur pada tahun 1934 kerana kebakaran, kembali dibina dan terus diperbaharui. Tembok ini sekarang dibina dengan dilapisi plastik keras dengan dihiasi papan angka model kuno, sebagai kenangan atas masa lalu,

3. Tembok Santa Maria delle Grazie – Itali

4lastsu1 10 Tembok yang Bersejarah di Dunia
Mungkin anda tidak pernah mendengar namanya. Tapi anda pasti tahu mengenai lukisan “Makan Malam Terakhir” karya Leonardo Da Vinci. Lukisan dinding (mural) buatan Leonardo ini dibuat di tembok ini. Lukisan “Makan Malam Terakhir” ini diselesaikan pada tahun 1498. Walaupun sebahagian besar tembok biara ini hancur pada tahun 1943, tapi tembok ini masih utuh tidak hancur.
 
4. Tembok Besar- China

china great wall of china 10 Tembok yang Bersejarah di Dunia
Pembinaan tembok ini dimulai pada tahun 221 SM dan terus berkembang sehingga 17 abad. Tembok yang baru ditemui “sambungan” yang selama ini tersembunyi ini akhirnya mempunyai panjang 4.000 mil. Sebahagian besar tembok ini pernah digunakan oleh atlet marathon semasa Olimpik Musim panas 2008.

5. Tembok Medinet Habu – Mesir

 10 Tembok yang Bersejarah di Dunia
Tembok yang dikenali sebagai Medinet Habu adalah tembok terakhir yang masih kekal dari Kuil Persemayaman Ramsses III. Tembok ini dibina pada abad 12 SM. Tinggi tembok ini mencapai 60 kaki (hampir 18 meter) dan dipenuhi dengan 75.000 kaki persegi hiasan dan ukiran sejarah.
 
6. Tembok Hadrian – England

Walltown+Crags+ +Hadrians+Wall 10 Tembok yang Bersejarah di Dunia
Tembok ini dibina pada abad ke dua kerana Kaisar Romawi pada masa itu, Hadrian, sudah bosan berperang. Tembok yang dibina merentang dari Laut Utara sehingga ke Laut Irlandia dan pada masa itu, tembok tersebut merupakan sempadan kepada kekaisaran Romawi.

7. Tzompantli – Mexico
http://koranbaru.com/wp-content/uploads/2011/03/b0c0_Tzompantlbi.jpg
Di reruntuhan Chichen Itza, anda akan menemui tembok Tzompantli, atau Tembok Tengkorak. Sejarah tembok ini memang menyeramkan, di zaman suku Maya berkuasa, tengkorak untuk korban ritual diletakkan di dalam tembok ini. Tembok ini sendiri dihiasi dengan ukiran-ukiran tengkorak dan juga berbagai gambar mengenai ritual yang ada pada masa tersebut.
 
8. Tembok Barat – Jerusalem

Men praying at Western Wall tb n010200 10 Tembok yang Bersejarah di Dunia
Tembok ini adalah milik umat Islam tetapi dirampas orang Israel dan mendudukinya secara haram. Tembok yang dikenali juga dengan nama Tembok Ratapan , mempunyai berbagai sejarah unik. Tembok yang dikenali sebagai al-Buraq ini adalah tempat di mana Nabi Muhammad memelihara kuda-kuda miliknya. Sementara orang Yahudi menganggap bahawa tembok ini adalah tembok untuk meratapi kehancuran Sinagog Yahudi.
 
9. Tembok Kremlin – Moskwa
http://forum.nttuweb.com/img-world/kremlin-3.jpg
Tembok dari bata merah ini malah sudah wujud sejak 700 tahun. Panjang tembok ini mencapai 1,4 mil dan mengelilingi Lapangan Merah. Ada empat gerbang dari zaman abad pertengahan yang masih berdiri kukuh dengan 20 menara di sepanjang tembok ini. Di dalam tembok ini terdapat mausoleum tempat bersemayam jenazah para pemimpin tertinggi Rusia seperti Stalin dan Brezhnev.
 
10. Tembok Berlin – Jerman

 10 Tembok yang Bersejarah di Dunia
Tembok ini berdiri kukuh di kota Berlin seljak 28 tahun, sebagai mengingati akan kejadian mengerikan semasa Perang Dingin. Tembok ini seakan-akan adalah bentuk sebenar dari “Tirai Besi”. Tembok ini dibina mulai tahun 1921 sehingga tahun 1989 yang berakhir dengan dihancurkannya tembok ini sebagai tindakan simbolik dari berakhirnya Perang Dingin. November 2009 ini adalah perayaan 20 tahun berakhirnya kekuasaan “teguh” tembok pemisah ini.

Trik-blog-ku

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Related Post