Salam,
PAS ganti UMNO tapi bukan perangai buruk UMNO - Mat Sabu
Sudah ada yang tidak senang dengan tulisan penulis yang menjangkakan peluang besar kepada Ust. Tuan berbanding Abang Mat Sabu. Dikatakan penulis berkempen untuk Ust. Tuan sedangkan penulis tidak bermaksud begitu.
Penulis sebenarnya lebih suka Abang Mat Sabu menang berbanding Ust. Tuan dan Ust. Nasha. Namun, jika Ust. Tuan atau Ust. Nasha yang menang penulis boleh terima kemenangan mereka.
Mengapa, penulis lebih suka Abang Mat Sabu menang ? kerana pendiriannya yang tegas berkaitan rasuah dan penyelewengan bukan hanya terhadap pemimpin BN malah pemimpin PAS sendiri.
Balik Malaysia baru ini, penulis ada berjumpa dengan Abang Mat Sabu semasa beliau datang berceramah di kawasan penulis. Terkejut dia tengok penulis sebab sekejap jumpa di Pahang, sekejap jumpa di kawasan, tau tau sekarang dah dok luar negara.
Dia tanya penulis dapat rasa atau tidak perbezaan demokrasi di negara orang putih dengan negara Malaysia. Memang jauh bezanya, jika orang UMNO mai negara putih juga dapat rasa perbezaannya.
Selepas tu, jumpa Abang Mat Sabu dalam Muktamar Pemuda Negeri. Abang Mat Sabu bagi ucapan perasmian dan penulis ada sentuh ucapan Abang Mat Sabu dalam perbahasan.
Abang Mat Sabu dalam ucapannya, bagi tahu ramai anak-anak muda Melayu dah tak malu untuk sertai DAP, malah berkemungkinan ada anak pemimpin PAS yang akan bertanding sebagai calon DAP dalam PRU akan datang.
Abang Mat Sabu bagi tahu anak-anak muda Melayu minat menyertai DAP kerana maklumat yang mereka tengok dan mereka baca tentang ketelusan pemerintahan DAP di Pulau Pinang. Minat kepada kesederhanaan pemimpin DAP samada yang menjadi Exco dan wakil rakyat.
Abang Mat Sabu timbulkan persoalan mengapa anak-anak muda sudah mula minat sertai DAP sedangkan ada PAS dalam Pakatan Rakyat.
Apabila penulis ambil bahagian dalam perbahasan muktamar, penulis bangkitkan ketegasan DAP dalam membenteras rasuah di kalangan pemimpinnya. Ada Ahli Majlis Perbandaran dari DAP apabila disiasat jawatakuasa siasatan DAP didapati terlibat rasuah, tanpa menunggu hukuman dari SPRM terus dipecat dari DAP.
Namun, ketegasan itu tidak berlaku dalam PAS. Jika ada unsur-unsur penyelewengan yang dilakukan pemimpin PAS dalam kerajaan negeri , adakah PAS mengambil tindakan tegas atau simpan di bawah karpet kerana kononnya untuk menjaga imej parti. Anak - anak muda memerhatikan semua ini, dan mereka melihat DAP lebih telus dan terbuka.
Anak-anak muda juga melihat pemimpin DAP kekal mengamalkan kehidupan sederhana walaupun selepas menjadi wakil rakyat. Ini tidak berlaku kepada segelintir pemimpin PAS yang berubah cara hidup selepas menjadi wakil rakyat.
Belum sepenggal jadi wakil rakyat sudah mula sombong, sudah tukar kereta mewah, sudah beli rumah baru. Menegur atau menyapa hanya kepada orang yang ada kepentingan, tidak boleh menerima arahan dan tidak boleh duduk di bawah orang lain. Bak kata perangai tak ubah macam perangai wakil rakyat UMNO.
Inilah yang Abang Mat Sabu bimbangkan wabak ini menular kepada pimpinan PAS. Penulis yakin, Abang Mat Sabu yang berada lama dalam PAS dapat melihat dan mengetahui perkara ini sebab itu beliau bercakap.
PAS memang ganti UMNO tapi siapakah pemimpin yang akan memperbetulkan PAS mengantikan UMNO sebagai payung orang Melayu bukan mengantikan perangai buruk UMNO. Hanya Abang Mat Sabu yang boleh diharapkan menyatakan sesuatu yang benar walaupun pahit.
Adakah Ust. Tuan atau Ust. Nasha mempunyai pendirian tegas yang sama dengan Abang Mat Sabu ? Inilah yang menjadi persoalan. Sebab itu, memang patut Abang Mat Sabu diberi peluang sebagai Timbalan Presiden PAS.
Kebimbangan Abang Mat Sabu sehingga beliau berkata tidak lama lagi Cina Islam atau India Islam lebih baik sebagai pemimpin PAS berbanding orang Melayu.
Penulis dalam perbahasan juga menyentuh persoalan Cina Islam atau India Islam yang menjadi pemimpin PAS. Bagi penulis, kita tidak perlu menunggu Cina Islam atau India Islam menjadi pemimpin PAS kerana orang Melayu pun boleh menjadi pemimpin PAS yang baik jika proses tarbiyyah dalam PAS benar-benar berjalan dengan baik.
Penulis katakan jika Cina Islam atau India Islam yang dipilih sebagai pemimpin PAS tapi perangai mereka sama buruk macam perangai pemimpin UMNO baik tak payah . Lebih baik , Melayu yang tidak ikut perangai buruk pemimpin UMNO jadi pemimpin PAS.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar