10. Lisbon, Portugal (2000 SM)
Bandar yang didirikan di kawasan bukit rendah di sebelah utara Sungai Tagus, pesona Lisbon ini berkaitan erat dengan masa lalu. Lisbon pertama kali didirikan oleh bangsa Iberia. Setelah berdiri ber abad-abad lamanya, Lisbon sekarang adalah bandar paling hidup di Eropah.
Istana-istana kuno yang di pulihkan, gereja-gereja tua yang indah dan berbagai bangunan Art Nouveau adalah bahagian paling indah yang membentuk wajah budaya bandar ini.
Muzeum seperti Calouste Gulbenkian Museum, National Coach Museum, dan Carmo Archaeological Museum menyimpan berbagai barang kenangan indah tentang kehidupan masa lalu bandar ini.
Bairro Alto, pusat kehidupan malam bandar ini juga penuh dengan berbagai restoran, bar dan kelab malam. Campo de Santa Clara juga membuka peluang untuk membeli berbagai kenangan indah bagi ingatan pelancung .
9. Luxor, Mesir (2160 SM)
Luxor, yang dulu dikenali sebagai bandar Thebe, adalah bandar indah yang dipersembahkan bagi Dewa Amon Ra mengikut kepercayaan Mesir kuno. Apabila pelacongan dikenali di dunia, bandar ini sudah ramai dikunjungi pelancong, banyak pelancong di zaman Romawi dan Yunani mengunjungi bandar ini.
Luxor adalah bandar paling popular di Mesir. Bandar ini terdiri dari monumen-monumen Luxor, Karnak, Hatshepsut dan Ramses III. Tidak aneh jika bandar ini sering disebut sebagai muzium udara terbuka terbesar di dunia.
Bandar ini sebenarnya terbahagi kepada tiga bahagian, Luxor yang berada di sebelah timur Sungai Nil, Karnak dan Thebe yang berada di sebelah barat sungai Nil, bersebelahan dengan Luxor, dan sekarang bergabung menjadi satu.
8. Asyut, Mesir (2160 SM)
Bandar ini terletak 375 km di selatan Kaherah. Bandar ini adalah bandar terbesar di Mesir Kuno dan adalah bandar pertama yang didirikan di zaman Firaun. Sekarang bandar ini adalah bandar paling penting sebagai pusat pertanian dan juga bandar terletaknya universiti ketiga terbesar di Mesir.
7. Xi’an China, (2205 SM)
Dengan sejarah panjang yang terbentang sehingga 30 abad lamanya, bandar ini adalah salah satu bandar paling penting dalam sejarah China. Bandar ini adalah salah satu dari empat bandar Kuno paling agung di China. Bandar ini banyak sekali yang menarik dan mempunyai tempat yang setanding dengan sejarah bandar Athens, Kaherah dan Rom.
Berbagai tinggalan kuno dan tempat budaya penting menletakkan bandar ini sebagai Muzeum Sejarah Semulajadi. Muzeum Teracota yang berada di bandar ini juga dianggap sebagai “Keajaiban Ke Lapan Dunia”.
6. Giza, Mesir (2568 SM)
Napoleon Bonaparte memberikan pidatonya kepada tenteranya sebelum pertempuran Giza pada 1798, katanya “Di atas piramid-piramid itu, empat abad lamanya sejarah tidak bergeser.”
Orang mungkin tidak percaya bahawa Giza sebenarnya adalah bandar tersendiri yang terpisah dengan Kaherah, tapi kerana perkembangan Kaherah yang cepat, Giza seakan ditelan oleh Kaherah.
Di bandarini, terdapat Piramid-piramid Giza, dengan Sphinx yang setia menjaga. Dataran Giza akan diubah menjadi Grand Museum of Egypt, yang dijangkan siap pada 2012.
5. Konya, Turki (2600 SM)
Bandar ini diapit oleh dua laut, Laut Tengah dan Laut Hitam, dengan ketinggian 1000 meter di atas aras laut. Bandar yang di dirikan di atas padang rumput Anatolia ini adalah salah satu bandar yang paling menarik di Turki.
Salah satu muzeum paling popular di bandar ini adalah Green Mausoleum of Mevlana Celaleddin Rumi, makam penyair Turki terkemuka. Berbagai muzium indah terdapat di bandar ini. Antaranya, adalah Chaeological Museum, Koyunoglu Museum dan Ethnographical Museum.
4. Zurich, Switzerland (3000 SM)
Sebagai bandar terbesar di Switzerland dan sekaligus tertua di Eropah, Zurich didirikan di zaman Romawi dengan nama Turicum. Warisan masa lalu ini dapat ditemui di berbagai tempat di bandar tua Zurich.
Lorong-lorong sempit yang dipenuhi dengan kafe, kedai barang antik dan butik. Bahnhofstrasse, adalah salah satu lorong yang dipenuhi kedai-kedai paling indah di Eropah.
Grossmünster dan Fraumünster adalah dua gereja tua yang penuh dengan rekabentuk dalaman yang indah. Swiss National Museum atau Kunsthaus, juga adalah salah satu muzium paling terkenal di dunia.
3. Kirkuk, Iraq (3000 SM)
Dengan berbagai bekas arkeologi yang berusia lebih dari 50 abad, Kirkuk adalah bandar paling penting bagi orang Kurdis. Bandar ini juga menjadi pusat industri minyak Iraq. Mungkin tidak banyak yang mendapat perhatian pelancong, tapi Kirkuk terletak di bekas pusat kebudayaan kuno Asiria.
Bandar ini pernah menjadi tempat pertempuran tiga Kerajaan besar: Asiria, Babelon dan Media, yang saling bergantian mengambil alih kuasa atas bandar ini. Di bandar ini terdapat makam Nabi Daniel dan Pasar Al Qaysareyah. Qal’at Jarmo dan Yorgan Tepe yang berada di pinggiran kota ini akan memberikan pengalaman hidup di masa lalu.
2. Jerusalem (3000 SM)
Bandar suci bagi tiga agama terbesar dunia, Islam, Nasrani, dan Yahudi. Bandar ini adalah tempat di mana nilai kuno digabungkan dengan berbagai budaya baru yang membawa suasana metropolis baru.
Bandar ini terbahagi menjadi tiga bahagian: Jerusalem Barat, bahagian yang paling cepat berkembang dan menjadi pusat perdagangan. Jerusalem Timur, yang menjadi tempat pertempatan populasi Arab, dan bandar tua, dengan pemandangan indah yang luar biasa .
1. Gaziantep, Turki (3650 SM)
Bandar yang dulunya dikenali dengan nama Antep yang sekarang menjadi ibukota negeri yang sama dengan namanya. Giazantep ini adalah bandar tertua yang masih tegak berdiri. Bandar ini mempunyai sejarah sejauh zaman orang Het (Hittite). Bandar ini terus menerus di tinggalkan sejak zaman Paleolithic, dan membangun semula bersama dengan kerajaan Uthmaniah.
Giazantep adalah bandar yang ramah, dan terdapat berbagai masjid, madrasah, penginapan malah tempat mandi yang berasal dari beberapa abad lalu. Rumah rumah tua dari batu mempunyai taman dan pohon anggur yang menghiasi.
redfox69
Tidak ada komentar:
Posting Komentar