Selasa, 26 Juli 2011

5 hikmah berpuasa dari aspek kesihatan

 http://www.selebriti.tv/wp-content/uploads/2010/08/d3674e3cmatberpuasa.jpg

Di sebalik balik ujian menahan lapar, dahaga dan hawa nafsu sepanjang berpuasa di bulan Ramadhan, ternyata terhasil manfaat yang luar biasa bagi kesihatan. 

Harits bin Kaldah, salah seorang doktor yang terkenal dari Arab mengatakan, “Menjaga makan adalah ubat dari penyakit. Sedangkan perut adalah sumber penyakit”. Dengan berpuasa, otomatik perut terjaga dari pengambilan makanan yang berlebihan yang mungkin membahayakan tubuh badan dan kesihatan.

Tahukah anda bahawa berpuasa ternyata mampu:

1. Menurunkan berat badan
Berkurangnya kemasukan tenaga pada orang berpuasa, menyebabkan badan harus mencari sumber tenaga yang tersimpan di dalamnya, iaitu simpanan lemak dalam tubuh untuk dijadikan sumber tenaga. Tidak hairan setelah 29-30 hari berpuasa, tubuh akan berubah bentuknya dan berkurang beratnya hingga kira-kira 4 kg.

2. Mencegah terjadinya stroke
Puasa juga dapat mengurangi risiko stroke kerana dapat memperbaiki kolesterol darah. Beberapa penelidikan yang dilakukan menunjukkan bahawa puasa dapat meningkatkan HDL (high density lipoprotein) dan menurunkan lemak trigliserol (pembentuk kolesterol LDL -low density lipoprotein- yang merosakkan kesihatan).

3. Menurunkan tekanan darah
Pada mereka yang memiliki tekanan darah tinggi ringan sampai sedang dengan kelebihan berat badan, puasa dapat membantu menurunkan tekanan darah. Namun konsultasi dengan dokter ahli tetap harus dilakukan untuk menyesuaikan pemberian obat.

4. Membentuk sel-sel baru
Puasa juga berfungsi untuk menghilangkan sel-sel rosak dalam tubuh. Rasa lapar pada orang berpuasa menyebabkannya menggerakkan organ-organ internal dalam tubuh dan “memakan” sel-sel yang rosak untuk menghilangkan rasa lapar. Pada masa ini badan akan menggantinya dengan sel-sel baru, sehingga boleh kembali berfungsi dan beraktiviti.

5. Mengurangi risiko diabetes
Bagi orang sihat, berpuasa dapat mengurangi risiko terkena penyakit diabetes tahap 2. Perkara ini terjadi kerana berkurangnya penggunaan kalori secara fisiologi akan mengurangi peredaran hormon insulin dan kadar gula darah. Dengan pengawalan gula darah yang baik, akan mencegah penyakit diabetes tahap 2, yang disebabkan harmon insulin tidak sensitif lagi mengawal gula darah.

Selama anda sihat dan mampu berpuasa, lakukan ibadah ini dengan sepenuh hati kerana selain pahala yang berlipat ganda manfaat kesihatan pun akan anda perolehi. Selamat berpuasa …Wawasan Nusantara

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Related Post