Kamis, 14 Juli 2011

8 binatang dengan mata yang unik

Mata gunanya untuk melihat. Tapi tahukah anda bahawa ada binatang yang sama sekali tidak mempunyai mata dan sebaliknya ada binatang yang matanya ada sehingga lapan biji?

Tuhan telah mengaturnya. Mata makhluk ciptaannya itu disesuaikan dengan kegunaannya. Oleh kerana itu kemampuan dan letak mata disesuaikan dengan keperluannya. 
Ada yang diciptakan-Nya untuk malam hari ada yang untuk siang hari atau untuk kedua-duanya. Ada yang untuk keperluan menyerang atau sebaliknya ada yang untuk membela diri. Masing-masing itu mempunyai kekurangan dan kelebihannya.

Tupai

Tupai terdapat di kedua belah kepalanya, dan berada pada kedua pipi-pipinya yang bentuknya memanjang ke depan dan menyerupai kerucut. Dengan demikian ia mempunyai pandangan yang tajam ke arah depan.
http://rayhan443.files.wordpress.com/2009/08/tupai6.jpg?w=490

Akan tetapi letak mata itu cukup hampir dengan pangkal kepalanya sehingga melalui kepalanya itu. Apabila lari memanjat pokok ia dapat melihat melalui punggungnya ,apakah ada yang mengejar atau tidak. 
Atau sambil berlari di atas tanah ia dapat melihat ke atas untuk mengawasi burung helang yang mengejarnya. Akan tetapi disamping kelebihannya itu ia mempunyai kelemahan iaitu tidak dapat melihat dengan mudah ke arah sisi.

Burung Helang

http://pilihan.files.wordpress.com/2008/04/eagle1.jpg?w=450&h=390

Mata burung helang mempunyai ketajaman penglihatan yang luar biasa untuk memburu. Ia dapat melihat seekor arnab yang melompat-lompat di antara semak-semak ribuan kaki di bawahnya.

Arnab

http://api.ning.com/files/z0mFox1dEzzIaPWvO9bVl1qnsuDweLahgmu6KYX8OfSvPIS8592RyF01qAL*esw6PJI1MtxSI6*8vDZueNueZ0cQEFe9i*HL/kelinci1.jpg
Akan tetapi arnab yang diburu itu mempunyai mata di kedua belah kepalanya yang tempatnya sedemikian rupa sehingga dapat melihat helang yang memburunya dan yang sedang memerhati untuk menyambarnya. 

Burung Hantu

Burung Hantu mempunyai mata yang letaknya tidak seperti mata burung pada umumnya iaitu di kiri kanan kepala, akan tetapi di bahagian depan mukanya. Penglihatannya sangat tajam dan dapat mengamati mangsanya dengan jelas dalam keredupan mahupun dalam kegelapan malam.
http://www.dicts.info/img/ud/owl2.jpg

Akan tetapi untuk menentukan tempat mangsanya ia lebih mengutamakan pendengarannya. Ia dapat menentukan dengan tepat posisi tikus dari suara dedaun yang terusik oleh gerakan tikus mangsanya itu. 
Burung hantu sebagai pemburu pada malam hari mempunya mata yang besar sekali, sedemikian besarnya sehingga bola matanya tidak dapat digerakkan di dalam rongga matanya itu.

Untuk menengok ke sisi ia harus memutarkan lehernya dan ia dapat melakukannya sampai menengok ke belakang sekalipun. Selain dari pada itu matanya itu tajam sekali sehingga di dalam cahaya redup, di mana mata manusia tidak dapat malihat apapun, ia dapat melihat mangsanya.

Burung Robin

Burung Robin, sejenis burung Murai yamg ada di Eropah tidak dapat melihat sesuatu dengan jelas yang berada beberapa cm di depannya. Jika burung ini mahu melihat dengan jelas, ia harus berada pada jarak yang agak jauh.
http://kontaktuhan.org/news/news186/images/an3-186.jpg

Untuk dapat melihat mangsanya, contohnya seekor cacing, ia berdiri tegak dan menggerakkan kepalanya ke arah belakang, sehingga matanya itu ada pada jarak “dapat melihat”. 

Rupanya seperti orang yang rabun dekat, untuk melihat benda dengan jelas (misalnya untuk dapat membaca) orang rabun dekat itu harus menjauhkan benda itu beberapa cm dari padanya.

Kucing

Kucing adalah binatang peliharaan yang sangat kita gemari. Ia termasuk binatang “noctural” iaitu binatang yang memburu mangsanya baik pada siang hari mahupun pada malam hari.
http://wb5.itrademarket.com/pdimage/27/1105027_persian-cat.jpg

Oleh kerana itu mata kucing boleh menyesuaikan diri baik untuk siang hari mahupun untuk malam hari. Biji matanya (pupil) tidak bulat sebagaimana kebanyakan binatang- lainnya, melainkan bentuk bulat telur (oval). 

Pada malam hari bentuk bulat telur itu terbuka melebar sedang pada cahaya yang kuat atau terang mengecil sampai menjadi bentuk celahan kecil.
Mata seekor kucing akan bersinar (seperti menyala) bila disuluh cahaya lampu yang kuat, kerana di bahagian belakang matanya itu terdapat lapisan selaput yang bekerja seperti cermin yang memantulkan kembali cahaya yang mengenainya. 

Selain daripada itu di dalam matanya itu terdapat sel-sel yang sangat peka terhadap cahaya yang redup. Akan tetapi sel-sel itu tidak dapat membezakan warna atau buta warna.

Ikan

Kedua mata kita itu merupakan suatu kesatuan, melirik bersama-sama ke arah yang sama dan melihat benda yang sama pula. Demikian pula pada mamalia dan burung. Akan tetapi tidak sama pada ikan, terutama ikan yang pipih, yang matanya itu terdapat di kiri dan kanan kepalanya.
http://i235.photobucket.com/albums/ee31/carolinadancer/FishEyes.jpg

Pada kumpulan ikan kedua matanya itu bekerja masing-masing dengan bebas, tidak bergantung satu sama lain, misalnya mata kiri mengarah ke depan sedang mata kanan mengarah ke belakang. 

Dengan demikian penglihatannya itu dapat mencakup jarak dan kawasan pandangan yang luas, kerana dapat melihat kepada dua arah yang berbeza secara serentak. 

Ikan tidak mempunyai kelopak mata, jadi tidak dapat berkedip. Dengan demikian air selalu dapat membersihkannya dan kerana itu matanya selalu bersih.

Labah-Labah

Mata labah-labah merupakan suatu gabungan beberapa mata. Setiap mata mempunyai lensa dan sel penerima kumpulan cahaya sehingga nampak seperti segi yang terpisah-pisah dan biasanya tersusun dalam kelompok-kelompok atau rumpun-rumpun pada belakang kepalanya.
http://niganku.files.wordpress.com/2011/01/jumpingspidereyes4.jpg?w=300

Labah-labah yang menangkap mangsanya dengan jaringnya dan menunggu mangsanya terperangkap, tidak begitu bergantung pada penglihatannya seperti labah-labah pemburu. Oleh kerana itu baginya tidak menjadi masalah sifat rabun dekatnya itu.
Labah-labah pemburu mempunyai rumpun mata yang terdiri dari lapan biji mata yang terdapat pada belakang kepalanya. Tiap-tiap mata dilengkapi lensa dan sel-sel yang dapat menangkap kumpulan cahaya. 

Walaupun tidak ada seekor labah-labah yang dapat melihat dengan jelas suatu benda yang letaknya pada jarak lebih dari 30 cm, labah-labah pemburu itu dapat mengikuti gerakan sekecil apa pun dari bayangan mangsanya yang berpindah-pindah dari satu mata ke mata berikutnya.7wolu

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Related Post