Terus terang, sebenarnya aku sendiri tidak begitu suka pergi ke tempat-tempat tersebut dan aku bukan jenis orang yang sabar, tetapi walaupun demikian kami pergi juga ke pasaraya tersebut untuk membeli baju ibu.
Kami mengunjungi setiap butik yang menyediakan pakaian wanita dan ibuku mencuba sehelai demi sehelai pakaian lalu mengembalikannya ke tempat semula. katanya tidak ada yang sesuai.
Seiring waktu yang berlalu, aku mulai letih dan kelihatan jelas kecewa di wajah tua ibu. Akhirnya pada butik terakhir yang kami kunjungi, ibuku mencuba sehelai baju yang sangat cantik.
Kerana tidak lagi sabarnya aku, maka kali ini aku ikut masuk dan berdiri bersama ibuku dalam fitting room, aku melihat bagaimana ibu mencuba pakaian tersebut, dan bagaimana dengan susah payah dia mencuba untuk mengenakannya.
Ya Allah Ya Robb, ternyata tangan-tangannya sudah mulai tidak mampu kerana sakit tuanya dan sebab itulah ibu gagal memakainya dengan baik,sebab itulah tidak ada yang sesuai menurutnya. Ibu mencari baju yang mudah dia pakai. Perasaan tidak sabarku bertukar menjadi rasa bersalah dan rasa kasihan yang mendalam terhadapnya.
Aku keluar dari bilik itu, tidak dapat menahan sebak dan cuba menyembunyikan air mata yang keluar tanpaku sedari. Setelah aku mendapatkan ketenangan, aku kembali masuk ke fitting room untuk membantu ibu mengenakan pakaiannya.
Pakaian ini begitu cantik, dan ibu pun akhirnya membelinya. Shopping kami telah berakhir, tetapi kejadian tersebut terkesan dan tidak dapat dilupakan dari ingatan.
Sepanjanghari itu, fikiranku tetap sahaja teringat semasa berada di dalam fitting room tersebut dan terbayang tangan ibuku yang terketar-ketar berusaha mengenakan pakaiannya.
Kedua tangan yang penuh dengan kasih sayang, yang pernah menyuapku, memandikan aku, memakaikan baju, membelai dan memeluk aku, dan terlebih dari semuanya, selalu menadah tangan berdoa untuk aku.
Sekarang tangan itu telah menyentuh hatiku dengan cara yang sangat berbekas dalam hatiku.
Pada malam harinya, aku pergi ke bilik ibu dan mengambil tangannya, lantas menciumnya hingga membuatnya terkejut, aku memberitahunya bahawa bagi aku kedua tangan tersebut adalah tangan yang paling indah di dunia ini.
Aku sangat bersyukur bahawa Tuhan telah menyedarkan aku agar dapat melihat dengan sejelasnya, betapa bernilai dan berharganya kasih sayang yang penuh pengorbanan dari seorang ibu.
Aku hanya dapat berdoa bahawa suatu hari kelak tanganku dan hatiku akan mempunyai keindahannya tersendiri. Dunia ini mempunyai banyak keajaiban, segala ciptaan Tuhan yang begitu agung, tetapi tidak satu pun yang dapat menandingi keindahan tangan Ibu. Apriswahyudi
Tidak ada komentar:
Posting Komentar