Salam,
Setelah kemenangan an-Nahdah di Tunisia ,setiap hari penulis cuba dapat perkembangan terkini Ikhwan melalui Parti Kebebasandan Keadilan (FJP) dalam pilihanraya. Penulisberdoa Ikhwan akan mendapat kemenangan setelah pilihanraya berlangsung secaraadil dan telus.
Menanti pilihanraya di Egypt tiba-tiba beritaparti Islam melalui Parti Keadilan dan Pembangunan (PJD) menang di Morocco,syukur kepada Allah. Tak tahu pun penulis, bahawa Morocco juga ada pilihanrayasetelah Raja Morocco buat pembaharuan dalam pilihanraya.
Menangnya an-Nahdah di Tunisia, PJD diMorocco dan kini Ikhwan di Egypt membuktikan parti Islam boleh menang jikapilihanraya bersih dan adil. Percayalah jika pilihanraya di Malaysia bersih danadil dah lama BN dan Umno berkubur.
Bukan hanya Ikhwan sahaja yang menang diEgypt, parti an-Nour dari pergerakan Salafi juga mendapat undi yang besar. PergerakanSalafi setahu penulis tidak mahu sertai pilihanraya semasa Regim Mubarak, tapibila Mubarak tumbang pergerakan ini turut mahu sertai pilihanraya.
Memang ada perbezaan antara jamaah Ikhwandengan pergerakan Salafi yang mirip fahaman dari Arab Saudi . Terdapat satulagi parti Islam iaitu Parti Wafd yang dapat sokongan dari sebahagian kecilrakyat Egypt. Kewujudan jamaah lain menyaingi jamaah Ikhwan yang sudah 80 tahunbertapak di Egypt bukanlah satu perkara yang baru dalam perjuangan Islammelalui jamaah.
Penulis juga tidak terkecuali merasai bahangberbilang jamaah setelah berada di negara orang putih ini. Persaingan berbilangjamaah yang penulis tempuhi semasa berada di kampus dalam negara bagi penulistelah berakhir bila penulis tinggalkan kampus.
Sejak berjuang di medan sebenar denganjamaah PAS di kampung-kampung , penulis sudah tidak lalui lagi persainganmendapatkan mad’u dengan jamaah lain. Orang kampung pun tak tahu jamaah lain,yang mereka tahu jamaah PAS dan sekali sekala mereka tahu jamaah Tabligh bilaada orang Tabligh masuk kampung. Orang kampung tak kenal pun JIM, Ikram, Abim,Ismar dan lain-lain.
Masih ingat di kampus dulu, semasa penulismemimpin PMI, Jawatankuasa PMI terdiri dari berbilang jamaah kerana dipilihmelalui syura’ bukan pemilihan biasa secara angkat tangan. Perbezaan pandangandan persaingan mendapatkan mad’u membuatkan penulis pada masa itu tidak setujudengan kewujudan jamaah lain.
Kenapa begitu? Kerana jamaah ini berjuang tanpaprinsip yang jelas, kerana pemimpin mereka yang pada masa itu dalam pemimpin No2 dalam kerajaan.
Bila berhujah tidak lekang di mulut merekadakwah bil hal wal hikmah, seolah-olah perjuangan jamaah mereka yang berhikmah.Sertai pilihanraya dikatakan tidak syarie, buatdemontrasi dikatakan tidak berhikmah , macam-macam lagi.
Tup-tup bila pemimpin harapan mereka dalamkerajaan ditendang keluar, diperlaku zalim regim kerajaan , mereka pula takdan-dan nak anjur demontrasi. Hilang dah perkataan tak berhikmah yang dulubermain di mulut mereka.
Selepas itu, ramai pemimpin mereka yangsertai jamaah PAS sertai pilihanraya yang mereka katakan tak syarie. Itu sebabnya ,penulis anggap mereka tidak berprinsip pada masa tu.
Setelah penulis berjuang di medan sebenar,penulis tidak ambil kisah sangat persoalan berbilang jamaah. Malah , penulissanggup terima saranan sahabat jamaah dalam kawasan untuk terima anak bekasMursyidul Am yang merupakan ahli jamaah lain jadi calon Parlimen kawasanpenulis. Sedangkan , jika nak ikut marah masa di kampus mahu ditolak sahajakerana penulis pun ada cadangan calon lain.
Sebab itu, bila ada kawan kampus yangbergurau tentang ketegasan penulis di kampus dengan jamaah lain dikatakanberubah bila berjuang di medan sebenar. Penulis bagi tahu, itu keputusan jamaahkawasan penulis bukan keputusan penulis.
Bagi penulis sesiapa sahaja yang jadi calonatau wakil rakyat hatta asli dari jamaah akan penulis tentang jika menyeleweng, tidak amanah, tidak mahu ikutarahan jamaah.
Penulis bukanlah berjuang untuk calon atauwakil rakyat tetapi berjuang untuk jamaah kerana Allah. Jika wakil rakyatparlimen dari jamaah lain ini pun buat masalah , penulis tidak akan pertahankandia. Pernah penulis ditegur oleh seorang Ajk Kawasan kerana ‘belasah’ ahliparlimen ini teruk dalam mesyuarat jamaah kawasan.
Penulis kata kepada dia, biarlah penulisjadi ‘kambing hitam’ bercakap kerana benar. Bukan tidak berani walaupun tahudengan jelas kesalahan pemimpin. Tidak mahu bercakap kerana mahu jaga hatipemimpin, tidak mahu bercakap kerana nak tunjuk ‘aku baik ‘ di mata pemimpin.Berapa ramai ada orang macam tu sehingga perkara yang sepatutnya selesai cepatberlarutan lama.
Kewujudan berbagai jamaah ada juga baiknya, hanya dalam keadaan tertentu bila berlaku persaingan yang menyebabkan rasatidak senang antara jamaah. Semua jamaah mahu membawa mad’unya kepada Islam kearah kebaikan. Yang datang ke kampustidak bertudung masuk jamaah dah pakai tudung, yang berakhlak buruk jadi baik,yang suka bersosial dan bergaul bebas tahu batasan pergaulan.
Lebih baik masuk jamaah di kampus dari ikutprogram Kelab Umno kalau di luar negara yang banyaknya ke arah maksiat. Anjurtari menari, anjur pertandingan fesyen, pesta hiburan dan bergaul bebas.
Cumanya, bila dah dapat mad’u yang ramaibawalah mereka ke arah keperibadian Islam sebenar. Berjuang untuk Islam bukanuntuk bangsa. Jangan jadi satu jamaah yang dah rasa hebat kerana ahli semakinramai bawa Slogan ‘ Hidup Melayu Hidup Islam’ semasa program Himpun.
Bila ada jamaah lain tak mau sertaidikatakan jamaah lain tak pertahan aqidah umat Islam. Sedangkan, jamaah laindah berjuang lama dah sejak peristiwa murtadnya Natrah. Penulis ada menulisnyadi sini.
Bila berada di negara orang putih ini,nampaknya penulis tidak boleh lari dari hakikat persaingan berbilang jamaahini. Pula tu tanggungjawab penulis di sini semakin berat kerana di tempatpenulis , jamaah masih belum terorganisasi , mad’u pun baru satu batch yangbaru diorganisasi setelah penulis sampai di sini. Sedangkan dua jamaah lain sudahkukuh dan ramai mad’unya setiap batch.
Apabila penulis fikir balik kenapa penulisberada di negara orang putih ini. Inilah sebabnya, kenapa bukan UK , US, Eropahdan bandar-bandar lain dalam negara orang putih ini. Allah Maha Mengetahui,kelebihan sedikit yang penulis ada diperlukan bagi mengasas dan membina jamaahdi sini.
Semoga Allah memberi kekuatan kepadapenulis meneruskan perjuangan ini di medan yang berbeza dari medansebenar. Tempoh berjuang untuk medan initidak lama hanya dua tahun, tapi dua tahun ini perlu dipastikan jamaahteroganisasi dan diurus pula oleh mad’u yang dilatih. Selepas itu, penulis akankembali semula ke medan sebenar di kawasan penulis.
Wassalam
Tidak ada komentar:
Posting Komentar