Ketika memutuskan berpindah ke Israel kira-kira sepuluh tahun lalu, Joseph Cohen, seorang Yahudi berasal dari Amerika Syarikat, hanya berkeinginan untuk menerapkan ajaran Judaisme yang lebih baik. Dia sangat yakin, hijrah dirinya itu akan membuat keyakinan agamanya kian tebal.
Berpindah dari Amerika, Cohen kemudian menetap di daerah Yahudi di Gush Qatif di Gaza, sebelum wilayah itu ditinggal pergi oleh tentera Israel pada 2005. Setelah tiga tahun menetap di rumah barunya, tanpa diduga, Cohen bertemu dengan seorang Syaikh berasal dari Emeriah Arab Bersatu. Pertemuan itu ternyata membuka pintu dialog antara dirinya dengan tokoh Muslim tersebut.
Keduanya lantas asyik terlibat dalam dialog teologi walaupun dijalin secara berjauhan melalui internet. Rupanya, dialog itu secara perlahan membawa Cohen pada cahaya Islam. Hatinya seperti mulai terbuka untuk menerima hidayah.
Hingga kemudian, dia benar-benar memutuskan untuk mengucap dua kalimat syahadat setelah yakin akan kebenaran Islam yang disampaikan oleh Syaikh itu melalui proses dialog. Malah tanpa ragu, dia kemudian mengganti namanya dengan Yousef al-Khattab.
Alhamdulillah, langkah Cohen yang telah berganti nama menjadi Yousef itu diikuti oleh isteri dan empat orang anaknya. Mereka mengikut keputusannya untuk menjadi mualaf. Namun tidak pula dengan keluarga besarnya.
Keluarganya yang dikenali taat pada ajaran Yahudi tidak lagi mahu mengakui dirinya. Keluarganya tidak suka melihatnya masuk Islam. Apalagi Yousef kemudian aktif berdakwah di kalangan Yahudi.
''Saya sudah tidak lagi berhubungan dengan keluarga saya. Kita tidak boleh memutuskan hubungan kekeluargaan, tapi pihak keluarga saya adalah Yahudi dengan entiti ke-Yahudi-annya. Saya tidak ada pilihan lain, selain memutuskan hubungan untuk masa ini. Kata-kata terakhir yang mereka lontarkan pada saya, mereka beritahu bahawa saya barbar,'' ujar Yousef menceritakan hubungan dengan keluarganya suatu ketika.
Yousef tidak sekadar menjadi Muslim. Dia memutuskan untuk menjadi pendakwah bagi kalangan Yahudi. Dia mengakui, berdakwah di kalangan Yahudi bukan pekerjaan yang mudah. Pertama kali yang harus dilakukan untuk mengenalkan Islam , bahawa hanya ada satu manhaj dalam Islam iaitu manhaj yang dibawa oleh Rasululullah SAW yang kemudian diteruskan oleh para sahabat dan penerusnya hingga sekarang.
''Cara yang paling baik untuk membuktikan bahwa Islam adalah agama untuk semua umat manusia adalah dengan memberikan penjelasan berdasarkan ayat-ayat Alquran dan yang membezakan antara umat manusia adalah ketaqwaannya pada Allah semata,'' tuturnya.
''Islam bukan agama yang rasis. Kita punya bukti-bukti yang sangat kuat, firman Allah dan perkataan Rasulullah SAW. Kita berjuang bukan untuk membenci kaum kafir. Kita berjuang hanya demi Allah semata, untuk melawan mereka yang ingin membunuh kita, yang menjajah Tanah Air kita, yang menyebarkan kemungkaran dan menyebarkan ideologi Barat di negara kita,'' sambungnya.
Berdasarkan pengalamannya, dia melihat dasar ajaran agama Yahudi sangat berbeza dengan Islam. Perbezaan utamanya adalah dalam masalah tauhid.
Agama Yahudi, kata Yousef, percaya pada perantara dan perantara mereka adalah para rabbi. Orang-orang Yahudi berdoa melalui perantaraan rabbi-rabbi.
''Yudaisme adalah kepercayaan yang bersumber pada manusia. Berbeza dengan Islam, agama yang bersumberkan pada Alquran dan Sunnah. Di semua masjid di seluruh dunia, Al-quran yang kita dengarkan adalah Al-quran yang sama,'' katanya.
Selain itu, Yousef menyatakan, Yahudisme juga berpegang pada 'tradisi oral', misalnya kitab Talmud yang disusun berdasarkan informasi dari mulut ke mulut yang kemudian dibukukan. Sehingga kesahan kitab tersebut boleh dipersoalkan.
Menurutnya, kitab Taurat yang diyakini kaum Yahudi sekarang memiliki sebelas versi yang berbeza dan naskah-naskah Taurat itu bukan lagi naskah asli.
''Alhamdulillah, Allah memberikan rahmat pada kita semua dengan agama yang mudah, di mana banyak orang yang boleh menghafal Alquran dari generasi ke generasi,'' jelasnya sambil mengatakan dialog merupakan cara terbaik dalam berdakwah di kalangan Yahudi. (Republika.co.id)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar