Allah SWT telah melebihkan kurma dari buah-buahan yang lain. Allah menyebutkannya dalam Al-Qur’an dalam 20 tempat yang berbeza dengan menggunakan lafaz pohon kurma; an-Nakhl, an-Nakhiil dan an-Nakhlah.
Kurma mendapat tempat istimewa dalam Al-Qur’an dan sebenar-benar perkataan adalah Kalamullah (Al-Qur’an Al-Karim). Allah telah menetapkan bahawasanya pokok kurma ada di bumi, kemudian Allah mengutamakannya dengan menyebutkan ciri-ciri pokok dan buah ini:
“Di bumi itu ada buah-buahan dan pokok kurma yang memiliki kelopak mayang.” (Q.S. Ar-Rahman: 11)
Ibnu Katsir berkata, ”Allah menyebutkan buah kurma ini secara khusus kerana kemuliaan dan manfaat yang dikandungnya, baik ketika masih basah mahu pun ketika telah kering.”
“Dan di bumi ini terdapat bahagian-bahagian yang berdampingan, dan kebun-kebun anggur, tanam-tanaman dan pohon kurma yang bercabang dan tidak bercabang, disirami dengan air yang sama. Kami melebihkan sebahagian tanam-tanaman di atas sebahagian yang lain tentang rasanya. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir.” (Q.S. Ar-Ra’du: 4)
Buah kurma mengandungi banyak manfaat, di antaranya kurma sangat dianjurkan bagi perempuan yang hamil dan yang akan segera melahirkan. Malah Allah memerintahkan Maryam binti ‘Imran untuk memakan buah kurma ini ketika ia sedang nifas.
Doktar Muhammad an-Nasimi dalam kitabnya, ath-Thibb an-Nabawy wal ‘Ilmil Hadis (Pengobatan Ala Nabi dan Ilmu Modern) mengatakan:
“Hikmah dari ayat ini secara perubatan adalah, perempuan hamil yang akan melahirkan itu sangat memerlukan makanan dan minuman yang kaya akan unsur gula, ini kerana banyaknya kontraksi otot-otot rahim ketika akan mengeluarkan bayi, tambahan lagi apabila perkara itu memerlukan waktu yang lama. Kandungan gula dan vitamin B1 sangat membantu untuk mengawal gerakan rahim dan menambah masa sistolennya (kontraksi jantung ketika darah dipam ke pembuluh nadi). Dan kedua unsur itu banyak terkandung dalam ruthab (kurma basah). Kandungan gula dalam ruthab sangat mudah untuk dicerna dengan cepat oleh tubuh.”
Keajaiban buah kurma dari Anas r.a., beliau berkata, "Rasulullah SAW. berbuka puasa sebelum solat dengan memakan kurma segar, kalau tidak ada maka dengan kurma kering, dan kalau tidak ada beliau meminum beberapa teguk air." (HR. Abu Daud dan Tirmidzi).
Kurma mengandungi semua unsur makanan pokok yang diperlukan tubuh, iaitu gula, protein, lemak, mineral, dan vitamin. Nabi SAW dalam beberapa hadis, menganjurkan kita untuk menggunakan tujuh biji kurma. Dan ternyata, tujuh buah kurma ini bila ditimbang ada kira-kira 100 gram yang mengandungi:
- Gula = 75,00 gram
- Serat selulosa = 4,00 gram
- Air = 22,50 gram
- Protein = 2,50 gram
- Lemak = 2,50 gram,
- Vitamin A = 60 IU
- Vitamin B-1 = 0, 08 miligram,
- Vitamin B-2 = 0, 05 miligram,
Kurma juga terdapat asam mineral yang merupakan unsur terpenting sebagai makanan bagi tubuh, berupa:
- Potasium = 79 miligram
- Tembaga = 21 miligram
- Belerang = 65 miligram
- Besi = 5 miligram
- Magnesium = 65 miligram
- Mangan = 2 miligram
- Kalsium = 65 miligram
- Fosfor = 72 gram
Dalam kurma, ditemui beberapa bahan kimia yang mempengaruhi hormon oksitosik, iaitu hormon yang bercampur di dalam peranakan wanita, sehingga dapat membantu mempercepatkan kelahiran, serta dapat mengurangkan resiko pendarahan setelah melahirkan. Hormon lain dalam kurma adalah hormon untuk menahan aktiviti hormon kelenjar gondok (glandula thyreoidea). Bahan yang lain, iaitu hormon pemangkin kelenjar susu, sehingga dapat melancarkan ASI (Air Susu Ibu).
Serat selulosa berguna untuk mengiatkan kerja usus, sebagai ubat mujarab untuk penyembuhan yang disebabkan kurang makan. Serat ini tidak dapat dicerna oleh alat pencernaan kita, sehingga dapat menjaga tubuh supaya terhindar dari kekurangan makanan dalam perut.
Vitamin A diperlukan untuk pemeliharaan epitel selaput lendir, ketajaman penglihatan mata, dan pencegahan terjadinya infeksi. Oleh kerana ini lah orang-orang di gurun selalu menggunakan kurma untuk memperkuat pendengaran dan memfokuskan penglihatan.
Fosfor bersama kalsium diperlukan untuk membentuk tulang dan kesihatan gigi. Fosfor berguna untuk membina aktivii kelenjar dan mengembalikan fungsi kelenjar tubuh. Fosfor juga berperanan penting sebagai nutrisi otak, sehingga bila digunakan teratur, dalam jangka panjang berkesanmencerdaskan otak.
Besi sangat penting untuk aktiviti pembentukan hemoglobin dan zat darah merah dalam sumsum tulang. Oleh kerana itu, ia diperlukan untuk melindungi manusia dari kekurangan darah.
Zink, diperlukan untuk mengubati penyakit sensitif tubuh.
Kurma kering mengandungi aspirin (acetylsalicylic acid) semulajadi yang dapat mengurangi rasa sakit (analgesic).
Kalium (potassium) signifikan untuk mengatasi keletihan, menjadikan organ jantung bekerja lebih optimal, mengaktifkan kontraksi otot, dan berperanan dalam pengaturan tekanan darah.
Fakta dan Keajaiban Buah Kurma
- Kurma tidak memindahkan bakteria dan mikroba, dan bahawa ulat yang ada di dalam kurma lama dapat memusnahkan amuba dan membunuh bakteria yang mungkin menyerang manusia
- Seandainya tidak kerana kurma dan kopi arab, niscaya penduduk Jazirah Arab akan diserang berbagai penyakit yang tidak diketahui penghujungnya kecuali oleh Allah
- Serbuk sari kurma dapat mengubati kemandulan wanita
- Makanan dan ubat paling penting bagi para astronot adalah kurma, dan bahawa kurma lebih sihat daripada telur masin
- Sabut pokok kurma adalah pembersih yang paling baik bagi tubuh dan dapat melindunginya dari penyakit-penyakit kulit
- Apabila kurma direbus dan diminum seperti teh maka ia dapat menggembirakan hati yang sedih
- Kurma barhi dianggap sebagai eliksir (zat cair) bagi para pemuda dan di dalamnya tersimpan rahsia besar kerana ia dapat mengaktifkan kelenjar dan menguatkan saraf
- Setiap 100 gram kurma mengandungi 318 kalori, sama dengan 315 kalori yang terkandung dalam setiap 100 gram madu
- Makanan paling baik yang digunakan oleh pejuang dalam perang adalah kurma, kerana kurma mempunyai kalori, menguatkannya, dan menggiatkan kelenjar adrenalnya sehingga dia menjadi seorang berani yang tidak takut akan kematian
- Ada satu jenis pokok kurma yang mati seiring dengan kematian pemiliknya
- Ada 450 jenis kurma di seluruh dunia
- Kurma bermanfaat untuk mengubati kekurangan darah kerana mengandungi zat besi dengan kadar yang tinggi
- Kurma dapat menguatkan rahim semasa bersalin kerana mengandungi hormone pitosin yang berkhasiat mengatur proses melahirkan
- Kurma dapat mencegah radang kerana mengandung antiseptic dan antirematik
- Kurma mengandungi kadar yang bagus dari serat (fiber) yang bermanfaat untuk membantu gerakan usus dan mencegah sembelit
- Kurma dapat melindungi usus besar dari kanser
- Kurma mengurangkan nafsu makan
- Jenis kurma yang kalorinya paling rendah adalah ‘ajwah Madinah, razizi, dan rabi’ah
- Jenis kurma yang paling sesuai untuk mendapatkan tubuh yang ideal adalah Hulwah Ha`il, kerana setiap 100 gram darinya tidak mengandungi lebih dari 67 kalori
- Jenis kurma yang paling banyak mengandungi mineral dan vitamin adalah rabi’ah Madinah yang mengandungi kadar yang tinggi dari potasium dan besi
- Kurma adalah ubat bagi orang yang menderita kekurangan berat badan kerana kaya dengan tunggal-tunggal yang tidak memerlukan proses pencernaan
- Kurma dapat mengurangi ketegangan saraf yang diakibatkan oleh aktiviti kelenjar tiroid yang melampaui batas
- Kurma dapat mengurangi rasa lapar yang amat sangat pada orang yang berpuasa
- Kurma dapat mempersiapkan perut untuk menerima makanan dan mencegah sembelit
- Kurma dapat melancarkan kencing dan mencuci ginjal
- Kurma dapat membersihkan hati dari racun dan meredakan pergolakan saraf
- Kurma basah dapat menurunkan tekanan darah bagi para perempuan memgandung dan menormalkannya selepas bersalin
- Kurma dinamakan dengan manjam (lombong) kerana mengandungi banyak unsur mineral, seperti fosfor, kalsium, magnesium, besi, sodium, sulfur, dan klorin
- Kandungan kalori dari 1 kg kurma sama dengan kandungan 1 kg daging
- Kurma dapat memelihara kelembapan dan ketepatan mata, serta menajamkan pandangan pada malam hari
- Kurma dapat melembabkan usus sehingga memeliharanya dari radang dan infeksi
- Kurma memberikan tubuh dengan besi yang diperlukan oleh darah dan fosfor yang membantu proses berfikir
- Kurma dapat membantu menenangkan dan mendamaikan jiwa sehingga dicadangkan bagi orang yang berpenyakit saraf dan bersemangat tinggi
- Memakan kurma sebelum makan pagi dapat membunuh cacing
- Kurma dianggap sebagai makanan paling baik di Daerah Sahara kerana dapat disimpan dalam waktu yang lama tanpa ditimpa kerosakan
- Di antara penduduk Sahara dan Oasis tidak mengidap kanser, kerana mereka biasa menggunakan kurma sebagai makanan asasi
Pada pertengahan kedua abad ke-20, para pengkaji menyatakan adanya asid amino yang lain pada kurma. Terpenting dalam asid ini adalah glutathione sebagai antioksidan.
Ternyata, bagi 100 gram (7 kurma) dapat memberikan lebih dari 350 tenaga. Jadi, nilai gizi kurma hampir sempurna. Kurma adalah rezeki berangkai yang datang terus-menerus dan tidak terputus sebagai rezeki dari Allah SWT untuk umat manusia. Maa syaa Allah Laa Quwwata Illa Billaah.Situslakalaka
Ternyata, bagi 100 gram (7 kurma) dapat memberikan lebih dari 350 tenaga. Jadi, nilai gizi kurma hampir sempurna. Kurma adalah rezeki berangkai yang datang terus-menerus dan tidak terputus sebagai rezeki dari Allah SWT untuk umat manusia. Maa syaa Allah Laa Quwwata Illa Billaah.Situslakalaka
Tidak ada komentar:
Posting Komentar