Seorang penduduk di Crossville, TN (US) bernama Horace Burgess mempunyai rumah pokok terbesar di dunia. tingginya mencapai 97 meter menjulang ke langit, yang ditunjang dengan pohon oak putih, dengan tinggi 80-kaki dan diameter 12 kaki.
Enam pokok lain membesar seperti menjadi menara benteng. Rumah megah ini mempunyai 80 bilik dan 20 beranda, menghadap celah dan tangga. Dibini dari kayu bekas, bangunan ini terletak di daerah pedalaman, namun telah menarik perhatian banyak orang dari seluruh negeri.
Dia menceritakan kisah kepercayaannya, pada tahun 1993, Horace Burgess sedang berdoa ketika Tuhan mengatakan kepadanya, "Jika kamu membina sebuah rumah pokok, aku akan melihat bahawa kamu tidak pernah kehabisan bahan."
Dirinya menjadi seorang tukang kayu mendadak yang belajar autodidact dan juga arkitek untuk landskap. Walaupun ia telah menghabiskan banyak masa dan kos untuk membina rumah impiannya tersebut, namun dirinya tidak pernah merasa bahawa pekerjaannya telah sempurna.
Selama empat belas tahun, Burgess telah menambah rumah pokoknya dengan menggunakan potongan kayu daur terpakai dari garaj, dan gudang.
Rumah pokok ini mempunyai 10 lantai, kebanyakannya 9 sehingga 11 meter tingginya dan luas antara 8.000 sehingga10.000 kaki persegi. Dan di atasnya ada sebuah menara loceng seberat 5.700 pounds dilengkapi dengan 10 botol oksigen asetilena isi terpakai sebagai loceng.
Kira-kira 400 hingga 500 orang berkunjung selama seminggu, kebanyakannya dari luar negara dan kebanyakannya mendengar rumah istimewa ini dari mulut ke mulut.
Rumah pokok Horace Burgess akan segera masuk ke dalam buku Guinness book of records, tapi sebelum itu Burgess harus menyediakan pengukuran dari setiap inci rumah pokoknya, sebuah tugas yang berat namun ia yakin akan boleh menyelesaikannya dengan bantuan dari teman-temannya yang secara sukarela meluangkan waktu.
Burgess juga telah bersumpah untuk akan terus memperbaiki setiap struktur yang rapuh kerana dia tidak ingin kehilangan penghormatan sebagai pemilik rumah pokok terbesar di dunia.
danish56
Tidak ada komentar:
Posting Komentar