Satu penyelidikan yang dilakukan selama 5 tahun terhadap gagak-gagak yang tinggal di kawasan Seattle, Washington, Amerika Syarikat menunjukkan bahawa burung gagak boleh mengingat mana ‘manusia yang berbahaya’ bagi keselamatannya.
Hebatnya, burung ini boleh memberitahukan informasi ini pada anak-anaknya serta gagak-gagak lain.
Menurut John Marzluff, profesor dari University of Washington, kemampuan ini telah membantu spesies itu beradaptasi dengan berjaya serta berkembang biak bersama dengan manusia.
“Perilaku setiap individu manusia terhadap haiwan sangat berbeza dan berubah-ubah,” kata Marzluff, seperti dipetik dari ABC, 30 Jun 2011.
“Berhubung manusia sering hadirkan ancaman bagi haiwan, kemampuan mempelajari perilaku sosial ini sangat berguna bagi haiwan,” katanya.
Pada percubaan, penyelidik menggunakan topeng lalu menangkap, mengikat kemudian melepas 7 sehingga 15 ekor burung di 5 kawasan yang berbeza di Seattle.
Untuk mengetahui kesan penangkapan tersebut, selama 5 tahun kemudian, dilakukan pengkajian terhadap perilaku burung itu terhadap orang-orang yang melintas di kawasan lokasi penangkapan.
Penyelidik menggunakan topeng ‘penjahat’ atau topeng yang mereka pakai semasa menangkap para burung. Setelah itu mereka membandingkannya dengan menggunakan topeng lain yang tidak ada kaitannya dengan penangkapan tersebut.
Dalam 2 minggu setelah penangkapan, rata-rata 26 peratus gagak ‘memarahi’ orang yang menggunakan topeng penjahat. Gagak ini mengganggu orang itu dengan mengepakkan sayap dan mengibaskan ekornya. Kadang, tindakan gagak yang pernah disakiti itu dibantu oleh gagak-gagak lain yang bergabung dan mengerumuni ‘penjahat’ tersebut.
Setelah lebih dari setahun, lebih dari 30 peratus menyerang orang yang memakai topeng penjahat. Angkanya malah meningkat lebih dari dua kali ganda, iaitu mencapai 66 peratus setelah tiga tahun dari waktu penangkapan terhadap gagak.
Marzluff menyebutkan, kawasan di mana gagak menyerang manusia yang menggunakan topeng ‘penjahat’ juga semakin meluas. Namun demikian, tidak ada perubahan pada perilaku gagak terhadap manusia yang menggunakan topeng ‘baik-baik’.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar