Pernah suatu hari Rasulullah SAW pulang dari perjalanan jihad fisabilillah. Beliau pulang diiringi para sahabat. Di depan pintu gerbang kota Madinah nampak Aisyah r.a sudah menunggu dengan penuh kerinduan .
Rasa rindu kepada Rasulullah SAW sudah sangat terasa. Akhirnya Rasulullah SAW tiba juga ditengah kota Madinah. Aisyah r.a dengan sukacita menyambut kedatangan suami tercinta.
Tiba Rasulullah SAW dirumah dan beristirehat melepas rasa letih. Aisyah dibelakang rumah sibuk membuat minuman untuk suaminya. Lalu minuman itupun dihidangkan kepada Rasulullah SAW.
Beliau meminumnya perlahan hingga hampir menghabiskan minuman tersebut tiba tiba Aisyah berkata “ Ya Rasulullah biasanya engkau memberikan sebahagian minuman kepadaku tapi kenapa pada hari ini tidak kau berikan gelas itu?”.
Rasulullah SAW diam dan hendak meneruskan meminum habis air digelas itu. Dan Aisyah bertanya lagi, Yaa Rasulullah biasanya engkau memberikan sebahagian minuman kepadaku tapi kenapa pada hari ini tidak kau berikan gelas itu?”
Akhirnya Rasulullah SAW memberikan sebahagian air yang berbaki di gelas itu Aisyah r.a meminum air itu dan ia terus terkejut terus memuntahkan air itu.Ternyata air itu terasa masin bukan manis.
Aisyah baru tersedar bahawa minuman yang ia buat dicampur dengan garam bukan gula. Kemudian Aisyah r.a terus meminta maaf kepada Rasulullah.
Itulah sebahagian dari banyaknya kemuliaan akhlak Rasulullah SAW.
Dia memaklumi kesalahan yang dilakukan oleh isterinya, tidak memarahinya atau menasihatinya dengan kasar. Rasulullah SAW memberi kita teladan bahwasanya akhlak yang mulia boleh kita mulai dari persekitaran terdekat dengan kita.
Sebuah hadits menyebutkan, “ Lelaki yang paling baik diantara kalian adalah yang paling baik akhlaknya kepada isterinya”. Semoga kita diberi taufik untuk boleh meneladani akhlak Rasulullah SAW.Kisah Islami
Tidak ada komentar:
Posting Komentar