Kamis, 03 November 2011

Kisah Islamnya Nicolas Anelka atau Abdul Salam Bilal Anelka



Bagi Anelka, Islam merupakan sumber kekuatan dan petunjuk dalam hidupnya.

Bagi peminat sepak bola dunia, terutama penyokong kelab Inggeris, Chelsea Football Club, tentu tidak asing dengan nama Nicolas Anelka (gambar kiri)
Anelka adalah salah seorang striker paling berbahaya apabila berada di depan mulut gawang lawan.

Anelka dikenali sebagai  striker yang sangat produktif dalam menciptakan peluang dan menjaringkan gol ke gawang lawan. Pada Liga Primer Inggeris ( England Primiership League /EPL) 2008-2009 lalu, Nicolas Anelka menjadi penjaring gol terbanyak ( top score ) dengan 22 gol. 
Jumlah ini lebih banyak dibandingkan gandingannya, Didier Drogba, penyerang Chelsea berasal dari Pantai Gading.

Nicolas Anelka dan Didier Drogba, adalah salah satu duet  striker yang sangat ditakuti di liga Inggeris. Keduanya dikenali sebagai  striker yang hauskan gol.
Anelka termasuk sebagai pemain bolasepak kelas dunia. Di kelab yang disertainya pada masa ini, Chelsea, Anelka menjadi salah seorang pemain utama jika tidak dilanda kecederaan.

Di sebalik kegarangannya dalam menjaringkan gol ke gawang lawan, Nicolas Anelka mempunyai sikap yang sangat pendiam. Ia sangat jarang tersenyum ketika sudah berada di padang. 

Kadang-kadang, rakan-rakannya sering merasa serba salah ketika bercakap dengannya. Dirinya sangat fokus pada permainan.

Di garis depan  The Blues, Chelsea, Anelka dikenali sebagai pemain yang tenang dalam sikapnya, namun garang di depan lawan. 

Ia juga dikenali pemain yang tenang dan tidak emosional. Keadaan ini bertitik tolak ketika masih memperkuat Real Madrid, Liverpool, Manchester City, dan Arsenal. 
Ketika itu, lelaki kelahiran Versailles, Perancis, ini dikenali sebagai lelaki yang suka merajuk dan emosional.
|
Memeluk Islam
Kini, Anelka di kenali tenang, tidak tergesa-gesa, dan tidak suka  merajuk lagi sejak bermain di Chelsea. Apakah yang terjadi dengan Anelka? Apa yang menyebabkan dirinya makin bijak dan tenang itu?
Dalam wawancara dengan sebuah media di England, ketika ditanyakan tentang sikapnya yang kini tenang dan lebih dewasa itu, Anelka menjawab ringan.

''Islam banyak membantu saya untuk boleh bersikap tenang dan berkonsentrasi dan memiliki semangat tinggi. Saya senang menjadi seorang Muslim, satu agama yang tenang dan saya banyak belajar dari Islam,'' kata Abdul Salam Bilal Anelka, nama Muslimnya.


Sebelumnya, Anelka sempat menyembunyikan identiti keislamannya dari hadapan awam. Malah, tidak seperti rakannya Franck Ribery, pemain FC Bayern Muenchen, Jerman, berasal dari Perancis, yang selalu berdoa ketika pertandingan akan dimulai. 

Anelka hanya diam saja dan benar-benar menyembunyikan identiti Muslimnya.
''Bagi saya, agama adalah masalah peribadi, tidak perlu diungkapkan ke awam,'' terangnya.

Namun kebelakangan ini, ketika awam sudah mengetahui identitinya sebagai pemeluk agama Muhammad SAW, Nicolas Anelka semakin dilihat arif dan bijaksana.

Sejak bila Anelka memeluk Islam? Ternyata, perpindahannya ke kelab dari Turki, Fenerbahce, selepas bermain di Manchester City selama tiga musim, pada tahun 2004 Anelka mendapatkan hidayah untuk memeluk Islam. 
Oleh sebab itu, pemilik nama lengkap Nicolas Sebastian Anelka ini mengumumkan secara rasmi berkaitan perpindahan dirinya menjadi seorang Muslim.

Dilahirkan di Versailles, Perancis, pada 14 Mac 1979, Anelka menghabiskan masa kecilnya di Trappes, sebuah bandar kecil yang berada di pinggir barat Paris.

Sebelum menjadi seorang Muslim, Anelka adalah seorang ateis (tidak beragama). Ia juga bukan pemeluk agama Kristian seperti yang dikatakan oleh sebahagian orang. Ia dulunya benar-benar tidak mempunyai Tuhan.

Namun demikian, semasa dirinya tidak beragama itu, Anelka banyak bergaul dan menjalin persahabatan dengan keluarga Muslim. Dan, dari situlah Anelka mulai tertarik dengan Islam. 

''Saya menjadi seorang Muslim sejak saya berusia 16 tahun,'' katanya dalam wawancara dengan majalah Arab, Super Magazine .

Kepada para pembaca majalah FourFourTwo, pemain berasal dari Perancis ini menyatakan alasannya mengapa memilih Islam. Islam, katanya, adalah cara hidup yang sesuai dengan dirinya. 

''Saya merasa nyaman dan tenang dengan agama dan hidup sayapada masa  ini. Tapi, ini masalah peribadi dan itu mengapa saya tidak kerap membicarakan hal itu. Itu adalah sisi peribadi saya.''

Menganut Islam, diakui striker Chelsea ini banyak membawa perubahan positif dalam hidupnya. Menurutnya, agama Islam membawanya untuk tetap bersikap arif. 

Dan, perkara inilah yang menjadikannya bersikap tenangnya semasa berada di padang.

''Islam banyak membantu saya untuk boleh bersikap tenang dan berkonsentrasi dan memiliki semangat tinggi,'' katanya.

''Saya senang menjadi seorang Muslim, satu agama yang tenang dan saya banyak belajar dari Islam,'' tambahnya. 

Dalam wawancara yang dimuat di Match, majalah terbitan Perancis, Anelka menyatakan bahawa Islam adalah sumber kekuatannya di dalam mahu pun di luar padang. 

''Saya menjalani karier yang berat. Saya kemudian menetapkan hati untuk menemui kedamaian. Dan, akhirnya saya menemui Islam.''

Dalam kehidupan peribadi, Anelka berkahwin dengan seorang perempuan berbangsa Belgium, Barbara Tausia, pada 9 Jun 2007 di Marrakesh, Maroko. 

Perkahwinannya dengan wanita yang berprofesion sebagai seorang koreografer ini tidak membuat Anelka memilih meninggalkan keyakinan barunya tersebut. 

Bahkan, Anelka merancang untuk tinggal di Emiriah Arab Bersatu setelah pencen nanti. Dan, di samping bermain sepak bola, Anelka kerap bermain tenis dan pernah berlakon untuk satu filem berjudul ''Le Boulet'' sebagai pemain sepak bola bernama Nicolas.

Tetap berpuasa
Sebagai seorang pemain sepak bola profesional dan penganut Islam yang taat, kewajiban berpuasa sepanjang bulan Ramadhan tidak membuat Anelka kesukaran untuk tetap menjalankan aktivitinya di lapangan hijau. 

Seperti kebanyakan pemain sepak bola Muslim lainnya di Liga Premier, Anelka berusaha tetap menjalankan ibadah puasa.

Dalam satu wawancara dengan majalah FourFourTwo, pemenang Golden Boot Premiership musim kompetisi 2008/2009 ini menyatakann bahawa sebagai seorang Muslim yang taat, ia wajib menghormati bulan Ramadhan dengan menjalankan kewajiban puasa.

''Sebenarnya puasa bukan suatu hal yang sukar untuk dijalankan. Saya pernah melakukannya beberapa kali. Namun, dalam beberapa kali Ramadhan saya mengalami dua atau tiga cedera. Sehingga, kecederaan itu menyebabkan saya tidak boleh berpuasa.''

Ucapkan Syahadat di Fenerbache

Musim lalu,  striker Chelsea Nicolas Anelka menjadi penjaring gol terbanyak Liga Premier.  Penyerang Perancis ini memang berimpian untuk kembali menjadi top skor bersama rakan sepasukannya, Didier Drogba.

Sejak menyatakan diri memeluk agama Islam tahun 2004 lalu, Anelka juga menggunakan nama Islam, iaitu Abdul Salam Bilal Anelka. Diyakini perpindahan Anelka memeluk agama Islam ini ketika dia menyarung jersey Kelab terkenal Turki, Fenerbahce, setelah tiga musim bermain untuk Manchester City, Inggeris. 


Memulai karier di Paris Saint-Germain, namun setelah itu berpindah ke Arsenal, Anelka terus menjadi pemain utama dan meraih gelaran pemain muda terbaik versi PFA.

Selepas bermain untuk  The Gunners , jolokan bagi Arsenal, Anelka berpindah ke Real Madrid tahun 1999 dengan nilai perpindahan  22,3 juta pound. 


Sayangnya ia tidak bertahan dan kembali lagi ke kelab lamanya, Paris Saint-Germain, dengan nilai perpindahan lebih rendah, iaitu sebanyak 20 juta pound.

Walaupun sudah selesa di Paris, Anelka kembali menyertai Liga Premier dan bermain untuk Liverpool pada Januari 2002 dengan status pinjaman. 


Setelah itu, dia bergabung dengan Manchester City dengan perpindahan bernilai 13 juta pound di awal musim 2002-2003. Setelah bermain selama tiga musim bersama Manchester City, kemudian dia pindah ke Fenerbahce.

Semasa bermain untuk kelab Turki inilah, Anelka diyakini mengucapkan dua kalimat syahadat. Setelah dari Fenerbahce, Anelka kembali Lige Premier Inggeris. 


Di benua biru ini, Anelka bermain untuk Bolton Wanderers yang membelinya dari Fenerbache dengan nilai perpindahan 7-8 juta pound.

Kemudian, pada musim kompetisi 2008/2009, Anelka berpindah ke Chelsea dengan nilai perpindahan 15 juta pound. Ia mulai bermain dengan  The Blues pada Januari 2008 lalu, dan menjadi penjaring gol terbanyak dengan 22 gol.

Biodata :


Nama Lengkap : Nicolas Sebastien Anelka

Nama Muslim : Abdul Salam Bilal Anelka
TTL : Versailles, Prancis, 14 Mac 1979
Istri : Barbara Tausia
Kelab semasa ini : Chelsea FC
Masuk Islam : 2004
Karier Profesional :
1. Paris Saint-Germain/PSG (Perancis)
2. Arsenal (Inggeris)
3. Liverpool (Inggeris)
4. Real Madrid (Sepanyol)
5. Manchester City (Inggeris)
6. Fenerbahce (Turki)
7. Bolton Wonderes (Inggeris)

Difahamkan Thiery Henry (gambar atas kanan) juga telah bersama-sama kita - Alhamdulillah
Siasahkini

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Related Post