Segala sesuatu akan menjadi baik jika berada di atas fithrahnya. Ikan akan tetap hidup jika ia tinggal di air, burung akan terpelihara kelestariannya jika burung terbang di udara dan tinggal di dahan-dahan pokok dan cacing akan selamat jika ia tetap tinggal di dalam tanah.
Bencana akan menimpa makhluk ini ketika masing-masing telah jemu dengan apa yang menjadi fitrahnya.
Demikian juga lelaki dan perempuan yang juga merupakan makhluk Allah Subhanahu Wata'ala. Dia menjadikan lelaki dan perempuan bukan tanpa maksud.
Masing masing telah dilengkapi dengan kelebihan dan keistimewaan yang berbeza sesuai dengan tugas dan peranannya.
Jika kita sedar, kita akan mendapati banyak perbezaan antara keduanya baik dalam sifat, susunan tubuh, gerak-geriknya, cara berjalan, duduk, berdiri, cara bercakap, kesenangannya, kebiasaannya dan juga perasaannya.
Subhanallah, perbezaan tersebut benar-benar dicipta untuk sesuai dengan kekhususan fungsi dan peranannya sebagaimana yang kehendaki Allah Subhanahu Wata'ala.
Allah Subhanahu Wata'ala menggariskan bagi kaum lelaki untuk memimpin wanita kerana memang Allah Subhanahu Wata'ala mengurniakan sesuatu bagi lelaki untuk memimpin yang tidak dikurniakan kepada wanita.
Demikian pula Allah Subhanahu Wata'ala mempercayakan seorang bayi kepada kaum wanita lantaran Allah Subhanahu Wata'ala telah memberikan kepadanya sesuatu yang tidak dimiliki oleh kaum lelaki.
Fitrah adalah ketetapan yang Allah swt gariskan bagi para makhluknya. Allah yang menciptakan hambaNya sehingga Allah Subhanahu Wata'ala yang paling mengetahui apa-apa yang baik bagi hambaNya dan apa yang buruk bagi hambaNya.
Allah Subhanahu Wata'ala memberikan tugas kepada masing-masing makhluk serta memberikan sesuatu sesuai dengan tugasnya di dunia.
Ketika seorang di antara mereka mengambil tugas yang bukan menjadi tugasnya, maka akan ada suatu pekerjaan yang tidak diselesaikan dan semakin banyak pekerjaan yang bertindih dan tidak teratur yang semakin besar pula kekacauan yang timbul.
Wanita sendiri ibarat pedang bermata dua, apabila dia baik, serta berjalan diatas fitrah yang telah digariskan oleh Allah Subhanahu Wata'ala, maka ia ibarat batu bata yang baik bagi sebuah pembinaan masyarakat Islam yang komitmen dengan ketinggian akhlak dan cita-cita yang luhur.
Akan tetapi, ketika wanita menyimpang dari tugas pokoknya dan mengambil tugas yang bukan menjadi tanggungjawabnya serta meniru dan mengikuti hawa nafsu, menjadi pejuang persamaan hak maka dia benar-benarmenjadi musuh besar bagi manusia
“Sesungguhnya dunia itu manis dan menggiurkan. Dan sesungguhnya Allah Subhanahu Wata'ala menyerahkan dunia kepada kalian. Kemudian hendak melihat apa yang kalian perbuat terhadapnya. Maka hati-hatilah terhadap dunia dan berhati-hatilah terhadap wanita. Sesungguhnya fitnah pertama yang menimpa Bani Israil adalah kerana wanita.” (HR Muslim).
“Aku tidak meninggalkan fitnah sepeninggalku yang lebih berat bagi lelaki dari fitnah wanita.” (HR Muslim, Tirmidzi dan Ibnu Majah)
Sa’id bin Musayyib berkata, “ketika syaitan merasa putus asa menggoda manusia, maka ia bersembunyi di sebalik wanita (memperalatnya).”
Benar, seringkali wanita mampu berbuat dengan sesuatu yang tidak dapat diperbuat oleh syaitan. Ia mampu menimbulkan kerosakan yang lebih besar, dahsyat dan mengerikan dari kerosakan yang ditimbulkan oleh syaitan.
Ya.........ketika ia bosan dengan apa yang telah digariskan oleh Allah atasnya. Wanita semacam ini akan menjadi senjata yang dipercayai syaitan untuk menghadapi manusia.
Kenyataannya itulah yang telah diketahui oleh syaitan-syaita,n jin dan manusia. Maka mereka berupaya untuk menyimpangkan wanita dari tugasnya yang utama, agar ia mahu berperang di pihaknya dan membela misinya.
Jika kita meneliti tulisan diatas, maka MENUNTUT PERSAMAAN GENDER pada hakikatnya adalah sebuah tuntutan untuk memaksakan kesamaan dua hal yang jelas jelas berbeza.
Menyeru persamaan hak dan kewajiban antara lelaki dan perempuan adalah bentuk “perlangaran” terhadap fitrah yang telah Allah Subhanahu Wata'ala gariskan terhadap manusia.
Sekiranya tugas dan peranan lelaki sama dengan perempuan, maka dimanakah letak kebijakan Allah Subhanahu Wata'ala menciptakan manusia menjadi dua jenis? mengapa tidak cukup menciptakan dengan satu jenis kelamin sahaja jika memang sama tugas dan hak-haknya?
Jika kemunduran kaum wanita muslimah hari ini yang menuntut persamaan hak mendapatkan persamaan kerusi, persamaan hak untuk mendapatkan persamaan warisan dan barang murahan lainnya, maka perhatikanlah tuntutan persamaan dari generasi terbaik yang seharusnya menjadi teladan kita berikut ini.
Suatu ketika Asma’ bin Yazid bin Sakan menghadap Rasulullah Shallallahu a'alaihi wasallam dan berkata, “wahai Rasulullah Shallallahu a'alaihi wasallam, sesungguhnya aku adalah utusan para wanita yang berada dibelakangku, mereka sepakat dengan apa yang aku katakan dan sependapat dengan pendapatku… sesungguhnya Allah Subhanahu Wata'ala mengutus Anda kepada lelaki dan juga kepada para wanita.
Kamipun beriman kepada Anda dan mengikuti Anda sedangkan kami para wanita terbatas gerak-geriknya, kami mengurus rumah tangga dan menjadi tempat menumpahkan syahwat bagi suami-suami kami, kamilah yang mengandung anak-anak mereka.
Namun Allah Subhanahu Wata'ala memberikan keutamaan kepada kaum lelaki dengan solat jama’ah, mengantar jenazah, dan berjihad. Jika mereka keluar untuk berjihad, kamilah yang menjaga hartanya dan memelihara anak-anaknya, maka apakah kami mendapatkan pahala sebagaimana yang mereka dapatkan?”
Mendengar tuntutan Asma’ tersebut, nabi menoleh kepada para sahabat lalu bersabda, “pernahkah kalian mendengar pertanyaan seorang wanita tentang agamanya yang lebih bagus dari pertanyaan ini?”
kemudian Beliau bersabda, “pergilah wahai Asma’ dan beritahukan kepada para wanita dibelakangmu bahawa perlakuan baik kalian terhadap suami dan usaha kalian mendapat ridha darinya serta keta’atan kalian kepadanya, pahalanya sama dengan apa yang engkau sebutkan tentang pahala lelaki.“
Sungguh pertanyaan terbaik dan tuntutan persamaan terbaik yang mungkin hanya sekali kita dengar dari seorang Wanita.
Satu tuntutan yang benar-benar menempelak para pejuang persamaan hak yang sesat dan di luar kebiasaan.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar