Kemenangan parti An-Nahdah di Tunisia disambutgembira pejuang Islam di seluruh dunia. Kempen yang sederhana mencontohi AK Party di Turki menarik minat majoritiumat Islam di Tunisia. Kini kuasa pemerintahan di tangan golongan Islam.
Selepas kemenangan , pimpinan parti An-Nahdahdihujani dengan soalan dari wartawan sekular yang masih berakar di Tunisia ,juga dari wartawan Barat. Adakah An-Nahdah akan melaksanakan syariah Islam diTunisia.
Jawapan Rashid al-Ghannusi pemimpin utamaAn-Nahdah, An-Nahdah tidak bercadang untuk melaksanakannya pada masa ini.
Apabila jawapan sedemikian diberikan, makabisinglah kumpulan sekular menyatakan bahawa An-Nahdah bukan lagi parti Islam .Bukan sahaja di Tunisia tapi juga golongan sekular di Malaysia mempersendakanAn-Nahdah yang tempiasnya adalah parti Islam di Malaysia iaitu PAS.
Penulis tidak kisah jika mereka yang tiadafikrah Islam yang mempersenda. Golongan ini seperti ‘Teh Tarik’ tidak adapendirian. Bila ada kuasa di atas tiada nampak mereka membela Islam, bila dibawah mereka hendak naik ke atas berkuasa mereka bercakap membela Islam . Selepasnaik semula mereka akan kembali menekan Islam, dan akan turun ke bawah sehinggalahteh itu sejuk.
Namun, penulis tidak dapat terima ialahpersendaan itu datang dari mereka yang ada fikrah Islam dari jamaah Islam . Ditohmahnya,tindakan An-Nahdah sudah menyeleweng dari Islam, An-Nahdah bukan lagi jamaahIslam, An-Nahdah takut dengan golongan sekular, An-Nandah hanya mahu undi orangIslam untuk menang.
Penulis tidak dapat terima tuduhan yangdisalurkan dalam bahasa yang lembut dan disebarkan bukan sahaja ahli jamaahmereka tetapi juga kepada masyarakat Islam. Mustahil Rashid al-Gannusi danpemimpin An-Nahdah sanggup menjual Islam. Mereka , puluhan tahun merengkokdalam penjara, hidup dalam buangan kerana kezaliman regim Ben Ali.
Tentulah ada sebab mereka membuat kenyataansedemikian, mereka tentu mengambil kira apa yang berlaku kepada kemenangan FISdi Algeria. Mereka tentu mendengar pandangan ulama-ulama An-Nahdah yang lebihmemahami suasana di Tunisia.
Penulis tidak mahu memberikan alasannya,kerana penulis sendiri tidak tahu. Tapi , penulis berbaik sangka dengan perjuanganIslam yang dipimpin Rashid al-Gannusi yang juga tokoh besar Gerakan Islam dunia.
Stiuasi di Tunisia juga berlaku kepadaparti Islam di seluruh dunia. Masalah bukan sahaja ditimbulkan oleh golongansekular tapi juga mereka yang memimpin jamaah Islam. Kenyataan mereka bukansahaja mengelirukan orang Islam malah mengelirukan penyokong parti Islam.
Penulis paparkan kenyataan seorang pemimpinsebuah NGO yang mengaku jamaah Islam dalam blognya seperti di bawah:
Kawan-kawan saya ini boleh dikatakanpengundi atas pagar. Mereka tak memihak kepada mana2 parti tetapi lebih melihatkepada siapa yang membawa lebih banyak kebaikkan kepada islam. Mereka tidakterlibat dengan mana2 NGO islam, atau mana2 gerakan islam tetapi sebaliknyamereka ini adalah rakyat biasa yang cintakan islam. Namun apa yang berlakusejak akhir2 ini memang membingungkan mereka sehingga mereka tidak tahu laginak undi siapa. Bagi mereka UMNO bukan pilihan. Namun mereka juga bimbangdengan kedudukan PAS yang bertahaluf dengan DAP yang jelas menentang islam.Sehungga kini mereka masih mencari2 jawapan.
Saya dapat merasakan bahawa ramaidiluar sana yang mempunyai perasaan sedemikian. Mereka memang sudah mual denganUMNO tetapi untuk memilih PAS mereka mula ragu kerana dominasi DAP dalam PR.Semakin hari DAP semakin menguatkan cengkamannnya sehingga semakin ramai orangMelayu, tanpa sedar, telah dipengaruhi oleh DAP. DAP sedang menyediakan bakal2MB orang Melayu disetiap negeri. Akhir sekali ialah dengan kemasukkan beberapaorang Melayu di N9 yang katanya jika DAP menang banyak kerusi maka mereka akanmelantik orang Melayu ini jadi MB sedangkan mereka yang memainkan peranandibelakang.
Ini membuatkan saya terfikir bagaimananak tangani isu kekeliruan umat islam ini. Ada beberapa teman yang saya temuiditempat lain sudah menyatakan bahawa mereka mungkin tidak akan keluar mengundikali ini kerana tak tahu yang mana satu baik untuk islam. Saya sangat bimbangkerana jika suasana ini berlaku maka akan ramai orang Melayu tidak keluarmengundi sedangkan orang Cina secara keseluruhannya sudah bertekad untukmerubah kerajaan. Ertinya kemungkinan kita akan menyaksikan ramai DUN dan MPyang diwakili orang Cina. Blog Suaradarigunung
Kenyataan dalam bentuk cerita sebegini samalah dengan kenyataanpemimpin parti politik bangsa, tapi disampaikan dengan nada yang lebih lembut.Seolah-olah tidak memusuhi PAS tetapi sebenarnya , itulah kenyataan yangmemecahkan penyokong PAS dan atas pagar . Mereka menimbulkan keraguan kepadaPAS secara halus.
Penyokong PAS dan orang Islam dikampungkah? Tidak ,tapi golongan mahasiwa Islam dan golongan terpelajar. Orangkampung cukup dengan kempen TV3 dan Utusan . Tapi mahasiswa dan golonganterpelajar yang tidak percayakan TV3 dan Utusan menjadi sasarannya.
Penulis pada awalnya tidak menyangka kenyataanini datangnya dari pemimpin NGO jamaah Islam ini. Kenapa? Kerana kenyataan lebihmerujuk kepada ketuanan bangsa bukan ketuanan Islam sama macam kenyataanpemimpin parti politik bangsa. Samaseperti banner paling besar semasa Himpun ‘HIDUP MELAYU HIDUP ISLAM’
Seperti perjuangan An-Nahdah di Tunisia,PAS sebagai jamaah Islam sudah lama memperjuangkan Islam. PAS sudah lamaditekan, pemimpin dibunuh, ditahan tanpa bicara. Bukan baru perjuangan PAS,justeru setiap tindakan adalah untuk perjuangan Islam jangka panjang.
Mungkin pemimpin ini belum merasa ditekan ,dipenjara . NGO jamaah Islamnya pun selesa berjuang tanpa halangan. Bilabegitu, dirasakan NGO jamaah Islamnya sudah hebat , sudah banyak sokongan,bukan orang kampung tapi terpelajar.
Bila dah rasa hebat , tindakan NGO jamaah Islamnyayang betul. Bila dah rasa hebat, tindakan PAS sebagai jamaah Islam muladipertikai. Mula menimbulkan keraguan orang Islam terpelajar terhadap PAS.Ingatlah, secara tidak sedar mereka membantu parti politik yang menentang PAS.
Fikirkanlah, PAS adalah jamaah Islam berjuangsudah 60 tahun. Fikirkanlah juga, adakah dengan kenyataan mengelirukan orangIslam terhadap PAS akan membantu kemenangan Islam?. Atau, bila PAS sudah kalah,agenda Islam NGO jamaah Islam akan menjadi lebih lancar.
Seperti , penulis kias di awal tadi ibarat ‘TehTarik’. Semasa parti politik bangsa ini tidak kuat, memang nampak merekaseolah-olah membela Islam. Tapi, mesti ingat jika parti politik bangsa ini kuatdan PAS kalah. Silap-silap, NGO jamaah Islam ini pun tidak dapat bergerakseperti sekarang.
Penulis harap NGO jamaah Islam ini takperlulah kelirukan orang Islam terpelajar terhadap PAS. Jangan jadi ‘Teh Tarik’ seperti politik bangsa. Jadilah ‘ TehTarik Kurang Manis’ , kenapa ? fikirlah sendiri….
Wassalam
Tidak ada komentar:
Posting Komentar