Minggu, 13 November 2011

Ucapan Rasulullah kepada kaum Quraisy di hari pembukaan Kota Mekah

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgw_CtUgytqTN4dgPyQgZMH1bnfElk6OS9la3cBrIBYLTiRlR5SRtSJJDnfs32yIUWMsYkDd3Gq6xdhrP61YjfCWZNFoTF6C3SCAbEtBuI9yfWjlwBn0TZoHHxQot7dVJas_SyBUwS_KX2m/s320/index.jpg
Selepas itu Baginda Rasulullah (s.a.w) menutup pintu Kaabah sedang Baginda di dalam Kaabah bersama Usamah dan Bilal, di situ Baginda berdiri dengan membelakang pintu Kaabah.

Apabila Baginda melangkah ke depan dengan jarak tiga hasta Baginda berhenti di situ, jadi dua tiang sebelah kirinya dan satu tiang berada di sebelah kanan Baginda. 

Di belakang Baginda tiga tiang, kerana al-Haram di masa itu didirikan atas enam batang tiang. 

Baginda bersembahyang di situ, setelah Baginda berjalan-jalan di dalam Kaabah, bertakbir di setiap penjurunya, menyebut kalimah Tauhid, kemudian barulah Baginda membuka pintunya, di masa itu Quraisy sedang memenuhi ruang masjid secara bersaf menunggu apa yang hendak dilakukan oleh Rasulullah ke atas mereka. 

Rasulullah memegang lawang pintu Kaabah, sedang khalayak Quraisy menunggu di bawah, dengan sabdanya: 

“Tiada Tuhan melainkan Allah, tiada sekutu bagiNya, benar janjiNya, membantu hambaNya, mengalahkan golongan Ahzab sendiriNya, ingatlah setiap warisan lama, setiap warisan Jahiliah samada harta benda atau darah kesemuanya di bawah kakiku ini, kecuali penjaga Baitullah dan pemberi minum kepada Jemaah Haji. 

Ingatlah, pembunuhan secara tersalah adalah hampir seperti dengan tindakan secara sengaja dengan menggunakan cemeti dan rotan dendanya terlalu berat, iaitu seratus ekor unta, empat puluh darinya sedang sarat mengandung.




Wahai kalian Quraisy, sesungguhnya Allah telah pun melenyapkan dari kamu kesombongan jahiliah, sikap bermegahan dengan baka keturunan, sebenarnya manusia adalah dari Adam sedang Adam adalah dari tanah. Kemudian Baginda membaca ayat al-Quran:


“Wahai manusia sesungguhnya Kami ciptakan kamu sebagai lelaki dan perempuan, dan Kami ciptakan kamu berbangsa-bangsa berqabilah-qabilah untuk kamu berkenalan, sesungguhnya yang termulia dari kamu di sisi Allah ialah yang paling bertaqwa, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui Lagi Bijaksana ”


(al-Hujuraat: 13)



HARI INI KAMU TIDAK DITEMPELAK LAGI



Kemudian sambung Baginda dengan sabdanya:


“Wahai kalian Quraisy, apakah yang kamu fikirkan akan ku lakukan terhadap kamu semua?” 

Jawab mereka: “Tentulah baik, kerana saudara seorang yang mulia anak kepada saudara yang mulia”. 

Maka jawab Rasulullah: “Sesungguhnya aku berkata kepada kalian seperti Yusof telah berkata kepada saudara-saudaranya:

Tiada tempelak ke atas kamu di hari ini, Ayuh beredarlah, kamu semua bebas.Manaratulhuda

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Related Post